Ujian Itu Tandanya Allah Sayang

Tuesday, June 16, 2020
Hidup ini ada pasang surutnya seperti roda yang sentiasa berputar. Begitulah hidup ini. Kadang-kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Sentiasa muhasabah diri dan bersyukur selalu.

Ya! Aku agak outspoken bila bercakap. Benda yang betul kita iakan dan benda yang salah tetap salah. Kadang-kadang orang tak boleh terima pendapat kita dan kita juga ada kalanya tak boleh terima buah pendapat orang.

Begitulah hidup ini. Tak semua yang kita nak yang kita impikan akan kita capai tapi sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Kadang-kadang Allah lambat tunaikan sebab masa tu kita tak mampu nak hadapinya.

Percayalah bahawa setiap kesusahan yang kita hadapi itu adalah nikmat dan pengalaman yang tak ternilai yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Kak Feni menulis bukan untuk menasihati sesiapa tapi menasihati diri sendiri juga. Kenapa aku jadi macam ni? Mungkin sebelum ni aku kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Kenapa Allah uji aku dengan kesusahan macam ni ?

Jawapannya mungkin aku dah banyak senang sebelum ni jadi aku lupa dengan nikmat senang sebelum ni.

Kenapa Allah bagi aku ujian begini ?

Mungkin aku sombong dengan Allah dan orang sekeliling aku sebelum ni. Sebab tu aku diuji begini supaya aku turunkan dan rendahkan keegoan/kesombongan kekayaan aku sebelum ni.

Jadi nikmat apa lagi yang harus kita dustakan ?

Kuncinya cari kekurangan diri untuk terus bangkit dan ubah apa yang tak betul kita betulkan. Dengar nasihat orang lain dan bukan ikut kepala sendiri saja. Kita hidup dalam dunia ini bukan untuk diri kita saja.

Kalau rasa diri tu susah sangat. Lebih banyak lagi orang di luar sana yang lebih susah dari kita. Makanya. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah bagi.

Susah nikmat. Kaya pun nikmat.

Dunia ini adalah tempat untuk kita hadapi ujian. Ujian Allah adalah mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Percayalah Allah adalah yang terbaik. Kembali kepada Allah hati akan jadi tenang.

Alhamdulillah.

Kak Feni | 16 Jun 2020


12 comments:

  1. betul Allah bagi ujian sebab Allah sayang kita.
    Tapi sebagai manusia yang cetek iman macam ammi ni..kengkadang bab "Allah sayang kita" tu tak nampak masa Allah bagi ujian. kita rasa kita yg gagal, kenapa kita, kenapa asyik kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann bukan senang nak kuatkan hati. Nak cari nikmat disebalik sesuatu pun macam susah bila kusut. Padahal dalam susah itu nikmat Allah sedang beri.

      Delete
  2. Memang apabila susah tu, tak mudah nak nampak hikmahnya. Cuma lama kemudian baru sedar mengapa Allah beri ujian berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann nak didik hati supaya sabar tu bukan senang.

      Delete
  3. kena sabar menghadapi segala ujian yg mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Abam Kie. Harap terus istiqamah.

      Delete
  4. Allah uji sebab Allah sayang. Cuma mungkin kita tak tampak sekarang, kemudian hari baru tersuluh ibrahnya :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah perkongsian yang bagus
    Allah uji sebab dia tahu kita boleh hadapi
    harap kita sentiasa kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul hans. Allah uji sebab kita mampu. Cuma bila serabut tu tak boleh nak mikir.

      Delete
  6. ya, Allah uji sebab dia sayang kita, jangan tanya kenapa kita yang Allah uji... sebab setiap orang hadapi lain-lain ujian ikut kemampuan kita.

    Masa akak sakit tahun 2017 akak hampir putus asa, akak tanya diri kene Allah uji akak, akak sedih nangis hari2... tapi lama-lama akak redha, syukurla Allah uji akak supaya akak beringat, supaya akak lebih dekat dengan Dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Kadang-kadang kita ni lupa matlamat apa kita sebagai hamba kak. Kejar duniawi macam tak ingat nak mati. Allahuakbar - Peringatan untuk diri saya sendiri kak.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.