Yayyy Nak Balik Kampung

Friday, June 26, 2020
Salam semua. Hari ni Kak Feni masih kerja macam biasa tapi moodnya lain sikit sebab happy nak balik kampung. Kak Feni dah apply leave untuk 3 hari bermula 29 haribulan Jun 2020 hingga 1 haribulan Julai 2020. 

Kali ni kami balik 3 beranak je sebab abah masih tak boleh cuti. Jadi malam ni habis kerja abah akan hantar kemi ke Manjung rumah Achik. Esok lepas Achik kerja half day kami akan terus balik ke Kelantan. Singgah Gerik dulu amik Cikni. So dari Manjung Achik ngan Pakcik yang akan balik dengan kami.

Kami balik satu kereta je nanti. Sampai Manjung abah akan patah balik KL untuk sambung kerja. Huhu selalu kena macam ni sebab takde orang nak take over kerja. Takpelah janji kami boleh balik kampung tengok tokmek. Raya hari tu dah tak boleh balik kampung sebab PKP.

Ni dah ada peluang boleh balik, kami balik jenguk Tokmek. Hari-hari call bila nak balik bila nak balik. Alhamdulillah hari yang ditunggu tiba juga. Syukur sangat Allah.

Balik tanpa abah kurang sikit seronoknya tapi nak buat macam mana. Abah memang dari dulu susah nak dapat cuti. Semoga rezeki kami kaya raya nanti agak abah sentiasa ada banyak masa untuk kami. (haha mula nak buat ayat sedih ni).

Waaa banyak plan nak buat masa balik kampung ni. Nak jalan-jalan, nak makan-makan, nak shopping nak bercuti dan macam-macam lagi. Semuanya kalau sempat. InshaAllah.

Mak mentua Kak Feni dah order nak kain batik yang sedap pakai tu. Nak kena pergi mana ni? Nak jalan-jalan di Rantau Panjang ke macam mana ni ? Hehe angan-angan dulu.

Semoga segala urusan balik kampung kami akan berjalan dengan lancar. 

Edit sikit ni. Walaupun seronok dapat balik kampun kena sentiasa patuh SOP.  Jaga jarak dan sentiasa jaga kebersihan.

7 comments:

  1. Wah memang seronok. Selamat bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah bagi rezeki balik kampung.

      Delete
  2. memang seronok dapat balik kg dah lama tak balik..
    take careee =)

    ReplyDelete
  3. Selamat bercuti dan pulang ke kampung

    ReplyDelete
  4. Selamat pulang ke kampung. Hehe semalam singgah kampung sekejap.

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti semoga sehat selalu ya kak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.