Balik Kampung Raya - Jangan Lupa Kita Jaga Kita

Lagi 2 hari kita nak sambut Hari Raya Aidil Adha. Korang nak balik kampung ke ?


Kak Feni tak balik kampung untuk raya tahun ni. Raya Aidil Fitri hari tu tak boleh balik sebab PKP. Husband pulak kena kerja. Raya pun kena kerja.


Ni Raya Aidil Adha tak balik juga sebab husband standby kerja juga. Maklumlah back liner (dia yang cakap). Haha


Bukan taknak balik nak sangat balik kampung. Jumpa mek. Nasib baik baik masa dapat kelulusan boleh rentas negeri hari tu kami balik lama. Puas la bawa mek jalan-jalan. Ni tunggu lega-lega sikit baru balik. Bukan apa, kalau balik musim raya ni memang dok atas jalan jela. Tak ke buang masa tu.


Bukan taknak rasa meriah di atas jalan tapi takpelah bagi lah chan kepada yang tak balik sebelum ni. InshaAllah lepas raya ni, abahnya dapat cuti panjang. Kita balik kampung lama sikit.


Dengan keadaan gelombang covid-19 yang ke-3 ni. Risau pulak rasa. Dengan anak-anak masih kecil dan nak balik jumpa orang tua yang berumur ni. Rasa macam risiko pulak. Kalau ada benda penting tu kita takleh nak kata apa lah kan.


Nak raya ni. Sama-sama kita jaga kita. Jaga kebersihan dan jaga SOP. Cuci tangan selalu. Pakai mask.


Kalau kita tak jaga kita siapa lagi nak jaga.


Kak Feni doakan semua yang balik kampung happy-happy dan bergembira bersama keluarga tersayang. Doakan kami yang raya di sini pun bahagia juga.


Love.



Share:

6 Comments

  1. Betul itu penat berlama-lama di jalan raya.
    Hujung minggu lepas turun Selangor, boleh tahan jalan sesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula bukan taknak balik kampung tapi tak tahan nak berlama dalam kereta.

      Delete
  2. Semoga kita diberi kesihatan yang berterusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. Musim covid ni risau dibuatnya.

      Delete
  3. Selamat pulang ke kampung
    hati2 di jalan raya
    (Untuk yang pulang ke kampung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak balik kampung raya ni wak. InshaAllah lepas raya balik.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !