Main Kutu ? Bahaya Ke Tak ?



Assalamualaikum semua.

Sempena nak raya Aidil Adha ni Kak Feni terfikirkan sesuatu. Salahkah kami kumpul kawan-kawan dan main kutu atau undi atau sebagainya?

Jadi Kak Feni google beberapa pendapat mengenai main kutu untuk merungkaikan kemusykilan di hati.

Boleh rujuk sini  untuk mendapat info lebih lanjut.

Dalam konsep Islam permainan kutu boleh dianggap sebagai hutang yang merupakan sesuatu yang diharuskan. Allah S.W.T. sendiri telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu diikuti apabila seseorang itu menjalankan muamalat hutang seperti permainan kutu. Terdapat ayat al-Quran yang menyentuh tentang hutang ini contohnya:

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak. (Surah al-Hadid ayat 11)

Alhamdulillah boleh main kutu sebab ianya diharuskan. Sepanjang Kak feni dok main kutu dengan kawan-kawan dan pernah juga jadi ibu kutu ni semuanya baik-baik saja. Rezeki Allah bagi.

Masalah lambat bayar itu biasalah kadang-kadang kita faham sebabnya gaji lambat dan sebagainya. Kita sebagai ibu kutu kena bertanggungjawab untuk maklumkan kepada pemain dan berbincang cara terbaik untuk selesaikan masalah.

Yang penting bincang elok-elok. Kalau macam Kak Feni pulak selalunya memang akan dahulukan duit sendiri dulu untuk cukupkan corum. Kemudian yang lambat bayar tu kita pm tepi supaya dia bayar kemudian. Hal ni sebenarnya untuk elakkan masalah dan pergaduhan dalam kumpulan kutu.

Kadang-kadang kita ni kalau bincang elok-elok, semuanya akan selesai dengan baik. 

Sebab apa kutu selalu menjadi pilihan terutamanya wanita ?

1. Mudah dan tak ada "interest". Haha kalau pinjam dengan bank kena bayar interest.

2. Boleh tukar-tukar giliran sama-sama suka. Contohnya, Vivy nak pakai duit bulan Julai untuk bayar roadtax kereta. Jadi boleh tukar dengan orang yang bulan Julai.

3. Sistem undi atau pun ikut bulan. Selalunya cabut undi. Lepas tu tukar sama suka. Macam yang nombor 2 di atas tu.

4. Tak perlukan dokumen yang remeh temeh. Asal yakin dan percaya terus "ON".

5. Selalunya dibuat oleh ahli keluarga dan juga rakan-rakan terdekat. Namun sekarang dah banyak "open kutu" secara online. Yang ni kena betul-betul verify sebab kita tak tahu boleh percaya atau tidak. 

Apapun niat kita. Semoga kalau kita main kutu ni jadilah orang yang bertanggungjawab. Kalau dapat giliran awal. Jangan lupa bayar balik sampai habis. Jangan dapat duit terus lari. Kesian kepada orang yang kemudian.

Mungkin di dunia ini kita lepas. Di akhirat tentunya merangkak nak cari balik orang yang kita hutang tersebut.

Okeylah sekian bebelan Kak Feni berkenaan dengan main kutu. Tepuk dada tanya selera. Kalau rasa nak main kutu. Main dengan hati lapang dan disiplin. Kalau taknak main pula, jangan dikecam orang yang main kutu sebabnya rezeki dan jalan hidup kita tak sama.




Share:

4 Comments

  1. Kena ada kepetcayaan untuk main kutu.
    Apapun saya belum pernah main kutu lagi.

    ReplyDelete
  2. kalau main dengan orang2 yang kita kenal macam saudara mara berani lah..Kalau kawan2 atau group rambang je tak berani.. sayang duit. Hahah

    ReplyDelete
  3. Kene cari kwn2 yg betul2 kenal dan dan b dipercayai..


    Jemput join GA --> Giveaway by ejulz & shirven

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !