Sebenarnya Allah Dah Pun Beri Apa Yang Kita Perlukan

Pejam celik pejam celik dah 17 haribulan ye hari ni. Bulan ni rasa down sangat sebab Kak Feni tak tahu nak buat apa. Just go with the flow. 


Kak Feni banyak baca kisah-kisah orang yang dulunya gagal namun kemudian bangkit menggegarkan dunia. Alhamdulillah rezeki Allah itu besar dan luas cumanya kita saja yang tak nampak.

Duduk dan renungi diri sendiri. Sebenarnya tulisan ini untuk menasihati diri sendiri juga.

Kita kaya itu ujian. Ujian untuk kita gunakan kekayaan kita kepada jalan yang diredhai oleh Allah. Kalau kita kaya tapi kita sombong, bongkak dan riak dengan kekayaan kita tak dapat apa juga. Di dunia ini mungkin kita nampak bahagia namun di akhirat kita mengemis. Allahuakbar semoga kita tak miskin di sana.

Impian nak kaya, bahagia dunia dan akhirat. Dunia kita bahagia, akhirat pun kita bahagia. Begitulah hendaknya impian kita.

Di dunia ini, selagi ada nafas selagi itu kita akan terus diuji dan uji. Ujian yang bagaimana? Terpulang pada Allah macam mana nak uji kita.

Tugas kita kena sabar dan redha dengan ujian serta berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan. 

Allah suruh kita bersangka baik dengan Allah.


Kita selalu minta macam-macam dengan Allah namun kita jarang buat apa yang Allah suka. Ingat syurga Allah itu percuma ke?

Nak istiqamah ke jalan Allah itu bukan susah namun bukan juga mudah. Jika kita ni jenis tak sabar mesti nak cepat je sedangkan Allah dah cakap sabarlah, nanti aku beri. Sampai masa yang sesuai aku beri.

Hidup ini bagaikan roda. Kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. Jadi selagi nama manusia. Sentiasalah berbuat baik dengan semua makhluk. Kalau rasa buat salah minta maaf dan minta ampun.

Hidup ini tak lama. Nama pun manusia, semua tak sempurna. 



Share:

7 Comments

  1. Betul itu. Susah atau kaya itu ujian.

    ReplyDelete
  2. Betul tu...setiap ujian dan dugaan ada hikmahnya

    ReplyDelete
  3. Betul sangat.Syurga tu ada harganya.

    ReplyDelete
  4. Bila dah berumur warga emas macam wak ni, baru perasan bukan kekayaan harta yang kita cari di dunia ini.

    ReplyDelete
  5. Lagi besar ujian dan dugaan lagi besar ganjaran nya.. Lagi kuat la hati dan iman kita..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas pesanan ni..

    ReplyDelete
  7. Renungan dan perkongsian yg baik..tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !