Spek Baru Lagi - Macam Kaya Sangat Kan ?

Wednesday, July 15, 2020


Okey gaiss. Spek baru lagi. Bukan masalah kaya nak habaq pi kat hampa. Sebabnya bingkai yang baru beli bulan 2 hari tu dah ngokngek-ngokngek macam nak pecah. Kesnya sebab terlalu halus.

Dah kita ni ngan sikap yang ganas memang tak tahan lama la. Nasib la kan. Lepas dok survey-survey eh survey ke? Sebenarnya tergoda dengan artis yang dapat spek tukar-tukar warna tu. Terus suruh seller dm kita. Sekali tengok harga boleh tahan. Satu set RM150 uols. Telan jugaklah air liur Kak Feni ni.

Biasalah la instagram kalau kita dok love-love tu nanti benda tu la yang akan timbul dekat wall kita. So kak Feni nampaklah yang sponsored tu 5+1 = RM60 sahaja. Haaa masa tu dalam akaun ada lah RM100 lebih. Terus grab la. Walaupun hakikatnya lepas ni aku kena ketaq kepala pula nak kumpul duit.

Ahhhh rezeki inshaAllah ada sokmo. Yakin ! Ewahh kalau bab nak habiskan duit bagi kat aku takpe.

Cermin yang berpower tu kak feni gi tukar dekat kedai spek mata dengan kos RM180 sebabnya power mata naik lagi dan buat yang tahan silau tu. Contoh bila drive malam-malam, cahaya lampu kereta depan tu tak menyilaukan mata kita. Haaa gitu.

So, total semua kos spek baru Kak Feni ni ialah RM180 + RM60 = RM240. Lebih murah berbanding dengan buat cermin mata dekat kedai cermin mata biasa. Selalunya untuk power mata kak Feni yang dah cecah 5.00 ni memang lebih RM500.


Orang rabun macam Kak Feni kalau takde spek makanya gelaplah dunia ini. Esok-esok kalau kaya ada rezeki boleh buat pembedahan lasik tu. Hehe koya pah ceroh lagi.

5 comments:

  1. Tinggi juga power.
    Harap tahan lama.

    ReplyDelete
  2. akak lak suka tukar2 spek atau bingkai, tapi selalu paling lama dalam 3 ke 4 tahun akak mesti tukar baru... jenis cepat bosan hehehhe

    ReplyDelete
  3. Feni selalunya selagi tak rosak power tak naik selagi tu tak tukar. Ni tahap dah sakit kepala terpaksa juga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.