Dah Claim E-Wallet RM50 ?

Wednesday, August 05, 2020

Assalamualaikum semua. Apa khabar kita ? Kak Feni alhamdulillah masih diberikan nikmat oleh Allah untuk bernafas di bumi bertuah ini. Walaupun dunia hari ini macam-macam bencana yang menimpa. Kita rakyat Malaysia masih dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Hari ni kecoh dan riuh di segala media sosial pasal Lubnan kena bom. Allahuakbar timbul rasa insaf dalam diri ini. Allah tu nak ambil sekejap je.

Semalam buat semakan BSH untuk kami dan jawapannya TAK LULUS. Hehe takpela berlapang dada.


Ramai yang senasib dengan Kak Feni rupanya. Ada yang komen tanya kenapa kenapa tak lulus ? Entahlah Kak Feni pun bukan orang LHDN nak tolong jawab. Mencuba nasib mohon BSH sebab gaji kami memang tak lebih dari RM4k. 

Berbalik kepada claim e-wallet RM50 yang kerajaan bagi tu. Ramai juga yang dah dapat dan dah habis pun. Ramai juga yang komen tak tahu nak claim macam mana. 

Kak Feni ikut je langkah-langkah yang diorang share dekat Mysejahtera tu.


Kak Feni memang guna Mysejahtera untuk scan QR code kalau pergi mana-mana. Kadang-kadang nye jadi masuk air tak boleh nak scan terpaksalah guna yang google atau fb tu. Tu pun ada masa ok ada masa tak ok. Penyudahnya tulis nama di buku secara manual. Gituh!

Tak tahu nak buat apa bila dah claim RM50 ?

Boleh buat macam-macam. Shopping lazada, bayar bil, beli topup kredit telefon, shopping yang boleh buat bayaran guna apps. Kak Feni memang guna Touch n Go E-wallet sebab senang nak bayar tol. Takyah serabut nak topup kad. Topup guna e-wallet je.


Yang nak claim guna Boost atau GrabPay pun boleh. Ikut suka hampa lah. Janji dapat RM50 seorang. Alhamdulillah rezeki. Kita ni rakyat marheam dapat RM50 pun happy yakmat. 

Terima kasih kerajaan. Semoga banyak lagi bagi bantuan kepada rakyat marheam macam kami ni.

5 comments:

  1. Alhamdulillah Feni sudah dapat tebus.

    ReplyDelete
  2. dapat dah..
    habis pun dah..
    topup lain pun dah..
    hahaha..

    Sejak covid19 memang guna cashless jadi kena kerap topup le.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah..dah belanja dah e-wallet..tapi Cuya pau ayah punya e-wallet jugak.kahkahkah ada cuya ceritakan di blog cuya..jemput singgah

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  4. Dah redeem dah. RM50 cepat je habis. Dapatlah shopping barang kat lazada dan balance guna untuk touch n go.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.