Jalan-jalan Genting Highland Premium Outlet

Friday, August 07, 2020
Mula plan nak berjalan ramai-ramai sempena raya Aidil Adha hari tu.  Konon raya tak ramai orang kat sana. Bila hari kejadian 5 orang je yang boleh pergi. Ummi, abang, adik, Angah dengan Pakngah.

Makanya kami berlima bertolak dari rumah pukul 11.00 pagi. Perjalanan dari Hulu Langat ke GHPO tak lama pun sejam lebih je. Tapi kami ni slow and steady jalan-jalan di atas highway. Makanya pukul 1.00 tengahari sampai atas sana.

Perjalanan nak naik atas tu agak slow sebab banyak kereta. Haha ingatkan raya tak ramai orang rupanya hampeh. Memang ramai orang. Kami parking dekat GHPO sebab malas nak naik atas puncak tu. Nak naik cable car.

Dulu dah pernah pergi Genting sekali. Kami naik ikut Serendah dan turun ikut Karak. Masa tu tak tahu lagi cara macam mana. Pergilah kami naik sampai puncak. Nak berasap kereta. Haha

Sampai atas beratur panjang nak naik cable car. Ni kali kedua pergi dah cerdik sikit. Naik sampai GHPO je kemudian naik cable car return. Harga tiket sehala RM9. Kami ambil 2 hala jadi RM9 x 2 = RM18 seorang. Harga sama je dewasa dengan kanak-kanak. 

Dulu tahun 2018 tak silap dah tak ingat harga RM7 je sehala. Pergi balik RM14. Tahun ni dah naik harga. Haha berubah dah la wei sebab lama tak naik. Sama juga pergi Bukit Tinggi hari tu. Ada perubahan harga. Tahun depan tak tahu berapa pulak naik harganya.

On the way ke Genting. Send dekat family di kampung sebab kami tak balik kampung abah kerja.

Cari mainan sebab tunggu Angah dengan Pakngah beratur lama di depan Levis Store. Kami tak kuasa nak beratur. Mujur banyak tempat duduk. Kena ikut SOP. Social distancing.



Bukak mask sebab nak makan. Beli roti Sosej 1 sorang. Kami 3 beranak. 


Lama beratur nak boleh masuk. 



Abah tak dapat cuti. Kena masuk kerja. Jadi kami jela yang boleh pergi. 

Sampai sana nak masuk mall pun beratur panjang. Naya wei musim kobit ni. Ada yang bawa anak kecil dan orang tua. Kesian betul tengok. Masa sampai tu rasa macam nak patah balik je. Haha tapi alang-alang dah sampai kan. Kita rasa la suasana macam mana.

Lepas Angah ngan Pakngah beli seluar kami naik cable car. Beratur panjang lagi dan lagi masa nak naik dan nak beli tiket.
Akhirnya dapat masuk cable car setelah beratur dan bersesak dengan orang. Masa naik kami kena share dengan orang lain sebab terlalu ramai.



Lepas turun dari cable car. Angah kata nak pergi tengok Nike pulak. Makanya beraturlah kami sejam di luar kedai Nike tu.



Sampai lenguh kaki berdiri untuk masuk ke dalam. Kalau nak beli kasut jangan lupa bawa stoking. Kak feni pakai sandle. haha mujurla ada orang bagi stoking yang pakai buang tu. Terima kasih awak yang bagi stoking kat saya hari tu. 

Masuk-masuk bukan Angah yang beli. Kak Feni yang beli padahal nak tengok jer. Nilah akibatnya. Yang mana tak gatal jangan digaru orang kata. Haha

Lesap la duit tapi dapat la sepasang kasut Nike. Harga offer, bila lagi nak merasa kannn ?



7 comments:

  1. Alahaii...habis masa beratur je tu ha...SA nak pi la nanti...lama dah x naik sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Jom. Pergi time tak busy okey kot. Kami pi time raya. Haha igt takde orang. Cuti lagi ramai orang.

      Delete
  2. Takpe sekali-sekala. Nanti teringat-ingat masa balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tula. Rezeki juga tu. Ada rezeki boleh pergi lagi.

      Delete
  3. pernah sampai sini sekali baru. best kan..

    ReplyDelete
  4. Lama betul tak pergi Genting. Teringin nak jalan jalan genting lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.