Selesai Bayar Bil Guaman Untuk Belian Rumah

Wednesday, August 26, 2020
Hari ni Kak Feni dah selesai bayar duit lawyer fee untuk bank punya. Nak beli rumah ni memang kena banyak guna duit. Nasib baik lah ada duit KWSP. 

Terima kasih ya Allah permudahkanlah segalanya. Kak Feni share sini supaya dapat memotivasikan orang lain juga. Bukan nak tunjuk atau riak (keikhlasan kita hanya Allah yang tahu). Jadi jumlah lawyer fee untuk belian rumah Kak Feni lebih kurang RM9,000.00. 

Masa Kak Feni dengan husband pergi sign agreement di pejabat lawyer hari tu. Lawyer dah maklumkan yang tempoh nak buat pindah milik ni ambil masa 4 bulan dan tarikhnya bukan di kira dari tarikh kita sign SPA. Tarikh bermula dari kita hantar permohonan ke pejabat tanah.

Okey Kak Feni faham sebab Kak Feni pun dalam bidang ni. Jadi taklah pening nganga sangat. Dalam tempoh 4 bulan ni baru boleh dapat kunci. Bulan 8, 9, 10 dan 11. Kalau selesai pun dalam bulan 11 atau bulan 12. Jadinya boleh masuk rumah dalam bulan 1 tahun baru nanti.

Semoga semuanya berjalan dengan baik-baik saja nanti. Dalam setahun juga urusan nak beli rumah ni. Daripada sewa baik beli sebab Kak Feni pun dah 5 tahun menyewa. Bayaran pun lebih kurang dengan sewa. Keluarkan modal buat bayar deposit dapat rumah sendiri. Takpelah rumah flat pun.

Haiii tak sabar rasanya nak masuk rumah baru. Nak deko-dekolah kononnya. Haha.

Kredit photo : mr Google.

Ni mulalah berangan tak sudah. Nak pasang kabinet macam dalam gambar tu. Harap-harap cukuplah modal. Table top tu dah ada cuma nak pasang kabinet je. Ewah ! 

Duit baki ada lah lebih sikit untuk buat repair apa yang patut. Kalau cukup nak terus buat kabinet ni. Kalau tak cukup marilah kita menabung kemudian pula. 

Tak sangka impian dah jadi nyata. Alhamdulillah tak sangka Allah mengabulkan segala impian Kak Feni yang pernah Kak Feni tulis dulu. Nak beli rumah sendiri. Tak sangka tahun ni 2020 banyak nikmat dan rahmat yang Allah bagi.

Bukan senang nak senang. Allah uji macam-macam ujian. Nak capai satu-satu kejayaan itu bukan senang. Menangis tu takyah cerita. Biarlah duka kita, kita kongsi je benda yang baik-baik.

Manusia kan. Tak pernah lari dari membuat salah dan dosa. Kak Feni pun gitu juga. Kadang-kadang rasa nak kongsi tapi biasalah bila kita nak buat baik mesti ada halangan. Serahkan semuanya pada Allah. Biar Allah saja buat urusan dia. Dan kita hamba buat urusan kita hamba.

Kak Feni mohon kepada semua agar doakan semua urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah. Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Love,
Kak Feni.

6 comments:

  1. Memang tunggu kisah Feni pindah rumah.
    Harap segala berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Ada rezeki ada masa kita update lagi. Berangan belum habis. 🤭

      Delete
  2. Alhamdulillah..Tahniah dah nak dapat rumah baru..

    ReplyDelete
  3. Semoga urusan pemilikan rumah baru dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih WP. Semoga Allah permudahkan segala urusan Wak juga.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.