Bawa Mangkuk Tingkat Vitamin Ke Opis Hari Ni

Monday, September 28, 2020

Hari ni Kak Feni bawa bekalan vitamin ke opis. Dah lupa bila beli mangkuk tingkat ni. Sesuai sangat untuk letak segala suplemen. Jadi tak payahlah nak angkut botol-botol vitamin tu ke hulu ke hilir. 


Letak je semua vitamin dalam mangkuk tingkat ni. Nak balik kampung nak travel senang sangat benda ni. Kak Feni kalau travel memang kena bawa bekal vitamin sebab nak kuatkan imun badan dan nak kekal cergas sepanjang perjalanan.


Kalau melancong dan jalan-jalan badan kita tak sihat memang tak seronok nak berjalan. Hilang segala mood nak berphoto dan menikmati segala keindahan alam semesta ini.


Ada orang makan jamu untuk kekal bertenaga. Tak kisahlah janji kita sihat dan boleh nikmati hidup ini seadanya. Kak feni pun sebelum kenal dengan Shaklee memang ambil jamu je untuk kekal cergas.


Bila bersalin dan menyusukan Adik Rayyan baru kenal Shaklee. Lama-lama dok amalkan Shaklee memang jatuh cinta sebab memang sangat-sangat membantu dalam kesihatan Kak Feni.


Zaman anak dara memang kena senggugut teruk bila datang bulan. Kalau kat sekolah kena balik sebab tak tahan sakit. Muka sampai pucat lesi. Masa tu tak tahu nak habaq. Lepas kahwin pun masih lagi kena senggugut. Bila kena senggugut memang akan kena pakai baju panas dan stoking untuk legakan sakit. Tuam perut dengan tungku atau minum air panas.


Sejak dok amalkan Alfalfa Shaklee. Masalah senggugut dah hilang. Period pun lancar je setiap bulan. Datang pun alhamdulillah ikut jadual. Kalau sesekali lewat tu biasalah. Jumpa doktor, doktor kata masalah hormon. Janji dia datang setiap bulan.


Saja Kak Feni nak share kelebihan amalkan suplemen berbanding tak ambil suplemen. 



3 comments:

  1. Supplement penting jugak untuk badan. Kita nak makan buah makan sayur kadang2 bukan sempat dan selalunya cepat jemu. Jadi malas nak makan buah makan sayur baik ambik supplement je. Sekali suap je. kan..

    ReplyDelete
  2. Moga istiqhamah dan kebaikannya berterusan.

    ReplyDelete
  3. Betul kena makan makanan tambahan untuk gantikan/cukupkan vitamin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.