Bila Gaji Dah Masuk !

Tuesday, September 29, 2020


Rasa semput jugak hari ni sebab nak siapkan tugasan yang boss bagi. Datin warning jangan panggil boss sebab dia selalu nangis. Haishhh macam-macam lah. Layan jela.


Macam ni lah bila kerja. Ada masa kita happy sangat. Ada masa kita stress nak layan kepala orang lain. Bertabahlah sebab nak hidup ni macam-macam dugaan yang kita kena hadap. Jadi hiduplah dengan bahagia dengan cara kita sendiri.


Bila hujung bulan macam biasa tugas Kak Feni adalah pergi bank dan bank in kan segala cek gaji untuk staff office. 


Bila gaji dah masuk apa nak buat ?


Pertama sekali setelkan segala komitmen yang kita pandai-pandai buat. Itu Kak Feni lah. Bayar segala hutang yang pandai buat. Bagi mak dan mentua serta lain-lain. Kalau listkan malu nak tunjuk. Haha kalau tak hutang tak merasa. InshaAllah selagi ada hayat ni cuba nak setelkan segala hutang dan selesaikan komitmen bulanan ni.



Apapun teruslah berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan dalam hidup ini. Kalau kita hutang dengan orang ke dengan bank ke atau dengan sesiapapun. Cuba untuk selesaikan segala hutang ni sebelum kita mati. Kita tak tahu bila Allah nak jemput kita. 


Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.



13 comments:

  1. wahhhh Alhamdulilah rezeki, btw akk ad setting comment yg " i am not a robot" yg ad recaptcha tu ke?? saya pelik dri tdi saya komen dekt blog org lain mesti ad recaptcha tu..adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Akak pun tak perasan. Esok akak godek2 semula. Lama dah tak main template dan coding ni.

      Delete
  2. saya sampai sekarang adsense tak lepas lepas lagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tukar emel. Kak feni guna emel lain untuk adsense blog ni. Kira ada 2 admin. 1 untuk adsense 1 untuk buat entry.

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Setiap hujung bulan gaji masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga rezeki terus mengalir. Terima kasih wak selalu melawat blog kak fenim

      Delete
  4. gitulah kita yang bukan dilahirkan dalam dulang emas ni. kalau tak hutang kang tak merasa pulak

    ReplyDelete
  5. biasalah tu setelkan hutang, akak pun hari gaji pagi tu dah setelkan hutang, segala bil-bil lepastu transfer kat belanja bulanan kat abah, simpan sikit lebih tu barulah boleh jenguk shopee ke, kedai baju ke heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala saya kak. Yang lebih baru lah nk ushar shopee. Kalau x belanja melebih pendapatan sokmo.

      Delete
  6. Hutang tak kira la dengan siapa pun wajib bayar, Nak hidup diberkati kena la bayar hutang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.