Assalamualaikum. Hari ni Kak Feni dah kembali masuk opis setelah bercuti mula dari hari Sabtu lepas. Mari kita mulakan perjalanan cuti Kak Feni.
Sabtu -12/09/2020
Kami bertolak dari Langat pukul 9.00 malam sebab husband Kak Feni masih kerja pada hari Sabtu tersebut. Kita pun ikut jelah driver kan. Kami makan malam siap-siap di rumah mertua Kak Feni sebab kami tak masak. Hehe semangat nak balik kampung kan.
Jalanraya kali ni lengang dan santai saja sebab bukan musim perayaan kan. Kami pun santai-santai je. Tak laju nak rushing sangat. Memandu pun tak laju macam formula one.
Sebelum jalan tu dah singgah beli macam-macam makanan untuk bekalan anak-anak dalam kereta. Kami sampai di Gua Musang pukul 1.00 pagi. Husband cakap nak rehat kat sini je. Suruh Kak Feni google hotel. Haha aku dah tak ingat hotel nama apa. Semalam RM70 untuk 2 single bed. Hotel ni dekat atas bank BSN Gua Musang.
Malas nak buat review.
Okey setel bab tempat tidur. Kami bermalam di Gua Musang sampai subuh.
Ahad - 13/09/2020
Kami bangun awal siap-siap nak cari sarapan di Gua Musang. Husband Kak Feni bawa kami pergi makan roti canai di Stesyen Keretapi Lama Gua Musang.
Kami makan roti canai kuah kari dan minum minuman biasa masing-masing. Kat sini best jer dan sejuk sebab dekat dengan gua. Sambil tunggu roti canai siap kami anak beranak merayap ambil gambar kenangan.
Mengimbau kenangan lama. Masa kecil dulu kami selalu naik keretapi untuk ke Pahang. Stesyen yang kami naik ialah Kuala Krai. Masa kat atas keretapi tu banyaklah pit stopnya. Gua Musang mesti riuh rendah sebab ada gua.
Lepas makan sarapan dekat sini. Kami teruskan perjalanan ke rumah Tokmek. Jauh lagi perjalanan. Gua Musang ke Pasir Puteh ambil masa 2 jam setengah juga sebab lebih kurang 170km. Kami akan lalui Kuala Krai dan Machang.
Sampai di rumah Tokmek pun dah nak masuk zuhur. Terus call tokmek bersiap nak gi makan nasi air di Pasir Puteh.
Seronok sangat Tokmek bila anak menantu balik. Kami bawa makan nasi air di Pasir Puteh. Lepas gi shopping apa barang yang dia nak kami balik. Rehat kat rumah tokmek.
Anak-anak paling seronok sebab boleh jadi orang kampung. Kebetulan bunga api lebihan raya tahun lepas masih ada. Beraya sakan lah 2 beradik tu.
Isnin - 14/09/2020
Pagi-pagi kami dah bersiap untuk bawa Tokmek pergi ambil darah di Klinik Kesihatan. Kami pergi dekat dengan rumah Abe Long sebab senang nak ambil keputusan nanti.
Lepas siap urusan klinik Tokmek kami terus berjalan ke Rantau Panjang untuk shopping toto dan cari makan.
Haha beli makan saja pun habis berpuluh-puluh ringgit. Makanlah kami sampai lebam. Kak Feni shopping lah toto satu, tiffin yang tengah viral tu dan ada lah sikit-sikit kain batik. Rasa nak beli macam-macam tapi macam membazir pulak. Haha jadi beli jela ikut bajet yang hado ni.
Lepas kami ke Rantau Panjang, kami teruskan perjalanan ke Kota Bahru. Singgah kejap di Opis CSSB di Tunjung. Jumpa kawan-kawan opis. Lepas tu kami terus ke Pantai D'Aur dekat Bachok Kelantan.
Cantik sangat pantainya.
Balik dari D'Aur kami teruskan perjalanan ke Tok Bali untuk tengok jeti dan beli ikan segar. Sampai rumah Tokmek dah azan maghrib. Kami siap-siap dan masak untuk makan malam. Malam ni hujan turun tak berhenti. Syok je rehat sebab hujan dan sejuk.
Selasa - 15/09/2020
Bangun pagi lepak dekat rumah. Ayah Long dah berkali-kali call suruh pergi ambil buah di kebun. Haha dia dah nak balik baru kami sampai.
Dekat kebun ayah long ni dekat dengan sawah padi. Masa kecik-kecik tokmek tanam padi kat sinilah. Kami dok berkubang tanam padi sambil main. Lelahnya rasa masa tu tapi seronoknya ada. Haha.
Sekali sekala balik kampung posing dalam kebun dan sawah. Haha mengimbau kenangan lama.
Balik dari kebun kami bersiap nak pergi Bukit Keluang di Besut, Terengganu. Tak jauh pun dengan rumah Tokmek. Perjalanan dalam setengah jam macam tu.
Kami sampai di Bukit Keluang dalam pukul 3.00 petang. Mula janji dengan Cikni. Ingatkan dia and the gang sampai dulu. Rupanya kami yang sampai dulu. Sambut besday di dalam gua dekat Bukit Keluang. Haha makcik-makcik diva belaka.
Lepas posing mak-mak diva kami gerak balik. Depa bawa haluan depa dan kami terus balik rumah. Cuaca panas sangat sampai sakit kepala.
Malam rasa penat sangat tapi nak bawa anak-anak sedara gi makan dekat kedai pula.
Gambar ramai-ramai dalam handphone Cikni. Nanti kita update kemudian. Masa sampai kat Nasken Coffee ni hujan lebat. Kedai dia tepi jalan lepas flyover Tanah Merah. Kami parking dekat kedai sederet dengan Nasken tu, tuan kedai Siam tu nye marah kami parking depan kedai dia. Sabar jela. Malas nak panjang cerita kami alih jela kereta tunggu orang lain keluar.
Dengan hujan-hujan lebat ni memang spoil mood nak makan tapi aku bedal jugak. Hahaha dah lapar kan.
Balik dari makan, hantar kakak ipar dan anak-anak buah kami terus balik rumah tokmek untuk rehat dan tidur.
Rabu - 16/09/2020
Selamat hari Malaysia. Kami masih lagi di Kelantan. Petang baru gerak balik. Kami balik ikut Gerik sebab Wawan anak buah Kak feni buat nana pergi balik cari mama dia di Gerik. Mama dia balik kampung.
Mula plan nak balik dengan kereta masing-masing. Kak Ani drive pajero beliau sampai Gerik. Kami dengan kereta kami. Wawan tunggu di Gerik.
Kami lalu ikut Jeli. Sebelum naik bukit Jeli - Gerik akan nampak satu gunung. Nama apa entah gunung ni. Lawa sangat.
Kami singgah rehat di R&R Banjaran Titiwangsa.
Cantik view kat sini. Ramai orang singgah untuk makan dan rehat serta berphoto.
Kami teruskan perjalanan ke Gerik. Singgah di Gerik kejap sebab nak makan laksa tapi laksa pulak habis. Order jela me bandung. Share ramai-ramai. Tak lama singgah di Gerik. Terus jumpa Wawan dan terus ke KL.
Singgah lagi di Hentian Sungai Perak untuk makan. Bekalan makanan yang Kak Feni bekalkan dari kampung. Mek masak gulai lemak putih petola. Kak Feni goreng ikan dan ayam. Bawa bekas budu dan timun potong. Haha berkelah di R&R best lah. Jimat belanja sebab duit banyak dah perabih masa balik kampung.
Kami teruskan perjalanan dan sampai di Langat pukul 12.00 malam. Tamatlah percutian kami balik kampung kali ni. Semoga banyak rezeki sokmo-sokmo boleh balik kampung selalu.
Bestnya kampung ada pantai...best joging petang2 gini
ReplyDeletejauh jugak dgn rumah kak feni. setengah jam jugak kalau drive. Kami yg org kelantan pun baru first time sampai. Hihi
DeleteSekali-sekala balik kampung mesti banyak aktiviti sudah disusun. Memang terancang Feni buat aktiviti.
ReplyDeleteBalik santai-santai je. Sambil bawa mek jalan-jalan. Pelepas angin orang kata.
DeleteAlhamdulillah. Seronok. Nanti bila-bila boleh balik kampung lagi.
ReplyDeleteInshaAllah ada rezeki husband dapat cuti panjang boleh la balik. Kalau tak kami anak beranak jela yg balik.
DeleteSeronoknya dapat bercuti panjang dan pulang ke kampung.
ReplyDeleteAlhamdulillah WP. Tahun ni 2 kali raya kami tak balik. Jadinya boleh balik kami balik cuti-cuti di kampung je.
Deletebestnya balik kampung... seronok bila balik kampung merata tempat nak pergi... paling best kalau ke pantai memang kegemaran akak lah... cantik pantai di kelantan kan... akak tak pernah sampai lagi kelantan, harapnya 1 hari nanti dapat jalan-jalan ke sana
ReplyDeleteKak. Feni org Kelantan pun tak habis pusing lagi Kelantan. Bila dah kahwin beranak ni baru Allah bagi rezeki boleh jalan-jalan.
DeleteHaha tula tapi setahun kumpul duit nak balik shopping. Kalau tak balik cuci mata jela sebab kita bukan orang hado-hado. kadang balik shopping barang orang order je penuh kereta.
ReplyDelete