Order Bubur Assyura Kelantan - Kurier Dengan Citylink
Rasa bubur assyura Kelantan berbeza dengan negeri lain di Malaysia ni. Oleh kerana kami ni dibesarkan di Kelantan. Mestilah rindu dan suka dengan makanan sendiri kan. Mana nak dapat bubur assyura Kelantan di Kuala Lumpur ni kalau tak masak sendiri.
Macam Kak Feni yang sememangnya rajin nau nak masak ni memang mudah sangat kalau ada orang jual dan boleh hantar pakai kurier. Ketahanan bubur assyura ni kalau tak masuk dalam peti ialah 3 hari. Jadi kena kurier dan hantar dalam tempoh tu.
Kalau lebih tak dijamin kesegarannya. Alhamdulillah untuk Kak Feni. Orang Kelantan pos hari Selasa dan hari Rabu dah sampai. Alhamdulillah dapat makan bubur assyura Kelantan.
Rasanya sedap sangat sebab tak terlalu manis. "just nice" orang kata. daging yang berurat tu pun banyak. Kenyal-kenyal gitu. Hmmm sedap sangat.
Satu bekas ni harganya RM25.00. Kos penghantaran pula macam gambar di bawah.
Kalau macam bekas kecil tu RM12.00. Alhamdulillah berbaloi sangat dan puas hati untuk anak rantau yang tak boleh balik kampung tapi teringin sangat nak makan bubur assyura Kelantan.
Kalau berminat untuk mendapatkan bubur assyura Kelantan boleh hubungi Puan Norame melalui Whatapps +60 19-945 8405 . Bubur assyura dibuat setiap hari sepanjang bulan Muharram.
teringat masa akak belajar di jengka dulu, bila kawan bagi bubur asyura akak bayangkan macam bubur asyura yg biasa akak makan di johor tapi rupanya lain... heheheh tapi akak makan jelah, lepastu bila kerja di kl baru tahu bubur asyura utara pun lain tapi lebih kurang seperti di kelantan sebab ada kekacang dan manis tapi kaalau bubur asyura johor dia macam bubur lambuk cuma ada banyak lagi kekadang dalamnya
ReplyDeleteBerbeza sangat rasanya kan Kak. feni rasa yang Kelate lain, perak lain, kl/selangor lain. Takpelah janji kita dapat rasa semua.
DeleteHaah lain bubur asyura Kelantan. Pernah rasa.
ReplyDeleteBubur assyura kelantan macam keras gitu. Boleh potong makan dengan tangan.
DeleteAlhamdulillah. Baru dpt makan bubur asyura td.
ReplyDeleteWahhh sedapnya...
DeleteAlhamdulillah Abam Kie dapat merasa.
Sedap pula rasa teringin. Tak ingat bila last saya makan bubur asyura alahai craving sis 😅
ReplyDeleteKalau rasa kurier tu boleh sampai tempat sis boleh terus order dengan Kak Amy. Kak Feni sehari dah sampai. Alhamdulillah sedap sangat.
Delete