Santai 2 Oktober 2020
Semalam permulaan Oktober yang baik untuk Kak Feni sebab order masuk pada 1 haribulan. Memang seronok lah hati ini sebab mula-mula dah pecah telur.
Pagi semalam masa on the way ke opis dengan husband naik motor. Lepas jer stesyen minyak, terus motor padam sebab minyak habis. Tak tahu minyak habis sebab meter minyak dah jem. Maklumlah motor lama. Sama umur dengan Abang Aus. Kami beli sempena abah dapat kerja dengan Harta. Motor tu lah harta pertama yang kami beli lepas kahwin dan dapat anak.
Nasib baik tak jauh lagi dengan stesyen minyak tapi kalau nak tolak patah balik ke stesyen minyak tu memang berpeluh jugak tiak ni. Haha jadi husband Kak Feni pun call kawan dia minta bantuan. Nasib ada kawan yang ada kat kawasan sekitar datang tolak motor.
Kak Feni pun tunggu dekat bus stop tepi jalan masa depa tengah isi minyak. Halah-halah datang pulak anjing hitam yang berkeliaran kat situ. Nasib baik tak lama tunggu husband Kak Feni. Dia sampai cepat-cepat naik motor sebab takut anjing tu mai gigit kita naya (hadoi macam-macam mari mikir).
Kami sampai awal ke opis sebab anak-anak mood okey dipagi hari semalam. Semua baik-baik jer pergi sekolah. Hari ni abang Aus buat hal taknak pergi sekolah agama. Tak tahu nak buat macam mana dah Kak Feni ni. Bila mikir ke masalah anak-anak ni susah hati rasa. Sekolah pun bukannya lama lagi pun.
Semoga rezeki terus mengalir bagaikan air yang mengalir tak putus-putus.
Memang akan ada cabaran. Ada orang tersayang di sini tidaklah rasa berat sebab ada orang yang menenangkan diri.
ReplyDeleteTanah selalu.
semoga murah rezeki sentiasa..amin!
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan sehariannya.
ReplyDeletemoga terus sukses business kak feni
ReplyDeleteAda la tu benda tak best kat Sekolah Agama yang buat dia malas nak pergi.
ReplyDelete