Tabung Sedekah Kak Feni

Friday, October 09, 2020

Siapa dah ada tabung sedekah ? Tahniah alhamdulillah sebab dah berjaya untuk kumpul pahala di akhirat. Banyak manfaat bersedekah ini termasuklah membersihkan hati kita sendiri.


Dulu masa jahil. Kak Feni takut sungguh nak bersedekah hatta RM1 atau sen-sen sekalipun. Masa tu memang jahil dan tak yakin dengan janji Allah. Akibat kurang ilmu agama. Sebab tu Allah suruh kita berkawan dan mencari guru untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah sempat menerima hidayah berkenaan dengan sedekah ini.


Sedekah itu Sesuatu Yang Ajaib


"Rasulullah S.A.W. akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar Al-Ghifani, Bilal dan Abu Dhamdan.

Kerana terlalu ingin tahu,Abu Dzar pernah bertanya "Wahai Nabi Allah, Engaku selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?"

Rasulullah S.A.W. menjawab dengan satu kalimat yang diulangnya 3 kali berturut-turut.

"Sedekah itu sesuatu yang ajaib!"

 




Jadi Kak Feni pun sediakanlah satu tabung kecil sesuai dengan diri ini. Nak beli tabung yang cantik-cantik kat kedai RM2 atau mana-mana pun tak kisahlah. Janji niat kita nak bersedekah.


Kak Feni memang niat nak sedekah RM1 setiap hari tanpa lupa. Kalau semalam lupa kena ganti balik. InshaAllah ikut kemampuan kita. Ikhlas itu hanya Allah yang mampu menilainya. Selalunya Kak bawa sampul yang bernilai RM 1 ni kemana-mana kalau jalan. Bila nampak orang susah atau orang minta sedekah bolehlah bagi duit dari tabung sedekah ni.


Kadang-kadang Kak Feni transfer secara online. Jadi duit dalam tabung ni Kak Feni ambil sebagai ganti. 




Sekarang ni kan ramai orang buat secara online. Jadi kalau ternampak orang susah atau persatuan atau badan-badan NGO yang memohon bantuan kita bolehlah hulurkan bantuan setakat mana yang kita mampu. Tak susah nak kumpul pahala.


Yang ni lah bahagian untuk kita nanti. Semoga segala amalan yang kita lakukan di dunia ini mendapat pahala dan keberkatan untuk kita menuju ke akhirat sana.


Tangan yang memberi lebih jauh dari yang menerima. Sesungguhnya bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin. Syurga itu bukan percuma. Dunia ini tempat untuk kita mengumpul pahala. Semoga perkongsian Kak Feni ini menjadi salah satu asbab untuk ke syurgaMu Ya Allah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.

5 comments:

  1. Bagus ada buat tabung khas.
    Saya masih tidak teratur lagi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    bersedekah menyucikan rezeki kita.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah usaha yg baik...sedekah juga yg asbab memanjangkan umur, insyallah.

    ReplyDelete
  4. Anak2 saya pun saya sediakan tabung sedekah. Diaorang tak de bagi sedekah kat online ke apa. Cuma bagi kat kawan2 sekolah yang susah. kadang dia belikan alat tulis untuk 3 orang budak sekolah, kadang belikan lanyard untuk kawan sekelas. Beli kasut untuk kawan yang dia orang tengok tak de kasut. Baru ni diaorang belikan facemask untuk kelas.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.