Banjir Hulu Langat 4 November 2020

Wednesday, November 11, 2020

Okey baru ada mood nak bercerita dan menceritakan kejadian. Seminggu yang lalu. 4 November 2020 sekali lagi rumah kena landa banjir.


Meh la nak share sikit kedukaan hati ini. Rumah Kak Feni dah macam rumah bersamamu dah. Hehe tapi takpela sesusah mana pun kita masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Takpe rezeki Allah yang aturkan.


Sampai situ jela hayat segala perabot dalam rumah Kak Feni. Habis Kak Feni buang sebab tak boleh guna. Bengkak habis. Maklum sajalah barang rumah sekarang ni kan banyak dihasilkan daripada serbuk kayu yang dimampatkan. Jadi bila kena air semuanya akan jadi kembang dan tak boleh guna.









Sejak duduk di sini, dah 3kali dah kena banjir. Masa kena yang pertama tu pun teruk juga. Habis air masuk rumah. Baru lepas tukar tikar getah baru. Sedihnya la hai. Kali kedua air naik tak banyak jadi selamat juga lah barang. Ni kali ke 3 rasa macam nak pindah terus.

Semoga rumah baru Kak Feni cepatlah setel. Nak pindah ni. Cuaca sekarang ni tak menentu. Jadi risau sungguh air naik. Allah permudahkanlah segala urusan ni. Amin.





5 comments:

  1. Allahuakbar. MasyaAllah. Moga semua urusan lancar. Nak pindah rumah baru pun dipermudahkan. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah harap macam tu lah. Semoga dipermudahkan segalanya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.