Penangan Shopee 11.11. Apa Yang Korang Dah Terjebak ?

Thursday, November 12, 2020

Haha gelak dulu la kan? Ada yang terjebak ke masih menten cool ? Kalau cool baguslah sebab anda memang kuat.

Kak Feni ni berada dalam dilema. Bila mengenangkan keadaan rumah yang kena banjir dan habis segala barang kena buang. Makanya biar jela dulu hal rumah tu. Kemas mana yang patut jela.

Untuk mengubati hati yang sedikit duka ni Kak Feni pun usharlah shopee sambil buat personal shopper untuk customer. Seminggu banjir. Kadang-kadang wasap pun tak sempat nak reply sebab sibuk dok mengemas rumah sampai sakit badan.

2 hari Kak Feni kena ambil pain killer sebab sakit sangat sampai tak boleh nak tidur. Nak angkat tangan pun tak boleh. Lama dah tak buat kerja berat tiba-tiba kena banjir. Nahhh ambik ! Habis badan terkejut sebab terpaksa bekerja keras.

Okey berbalik kepada penangan Shopee 11.11. Korang dapat grab apa ?

Kak Feni dapat beli purse Carlo Rino dengan harga RM59.90. Hehe harag asal RM119.00 jadi dapat 50% off jadilah. Alhamdulillah.


 

Belum sampai lagi. Tadi tengok dekat status macam dah sampai. Hari ni Kak Feni kerja. Jadi balik nanti baru boleh tengok okey ke idok. Rasa macam beli hadiah untuk diri sendiri. Penat kerja kan. Takkan nak beli purse pun nak berkira kan.


Selama ni pun dah banyak sangat berjimat cermat sebab takut duit tak cukup sokmo. Ni ada rezeki sekali sekala hiburkan hati apa salahnya.


Share lah apa yang korang dah terjebak dengan penangan Shopee 11.11 tu ?

4 comments:

  1. alhamdulillah tak terjebak lagi 😂 sebab memang jenis memilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Feni pun mcm tu juga tapi sejak covid melanda ni tak boleh nak keluar sangat dengan anak-anak kecil. Jadi kita online sajalah.

      Delete
  2. Tak beli apa pun sebab tak ingat.. Sibuk dengan hal2 dalam rumah sampai tak tahu cerita apa kat luar.hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus2 sebab tak terjebak dan duit tak habis. Kami ni pantang ada duit sikit. Takde duit pun gagah juga.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.