Pengalaman Motor Rosak Masa Jalan Balik Rumah

Wednesday, November 25, 2020


 

Semalam kami balik agak awal sebab husband Kak Feni setel urusan dia awal. Jadi kami gerak dalam pukul 5.30 macam tu dari opis Kak Feni. Naik motor jadi taklah lama sangat masa perjalanan kami untuk sampai di rumah. Kalau dengan kereta memang akan ambil masa lama.


Dalam perjalanan tu dahla kami di lorong laju. Tiba-tiba rantai motor tercabut dari gigi dia tu. Stop terus motor. Nasib baik sempat ke tepi sebelah kanan. Lorong 4 masa tu. Jadi Kak Feni kena naik atas divider jalan sebab kereta laju. Husband Kak Feni try masukkan balik rantai tu kat gigi dia pakai kain lap. Nasib baik boleh masuk. Kami teruskan perjalanan.


Kak Feni tak putus-putus doa agar kami sempat sampai di bengkel. Nak tukar rantai ni. Allah kesianlah kat kami ni Allah. Sampailah kami ke bengkel dengan selamat. Allah !.


Sampai je di bawah flyover nak ke Leasure Mall, ada polis tengah jaga lalu lintas. Masa tu lah rantai tercabut lagi. Ngam depan abang polis. Sekali lagi ambil masa untuk masukkan rantai ke gigi dia. Masa tengah repair tu ada 2 lagi polis sampai. Depa lah yang tolong kami jaga jalan dan repair rantai tu. Lama juga nak boleh masukkan rantai ke gigi. 


Dah setel semua, polis tu eskot kami ke bengkel. Alhamdulillah mujur lah tak jauh mana dan kami selamat sampai bengkel motor walaupun dah senja. Mujur kedai tak tutup lagi. Terima kasih untuk polis-polis yang tolong kami semalam. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Amin.


Nak repair rantai pun macam lama juga sebab apa entah. Tak boleh pasang. Ada benda bengkok. Tapi semuanya selesai dekat pukul 8.00 malam. Lepas setel tukar rantai dan repair apa yang patut kami gerak balik. Anak-anak dah riuh rendah video call kenapa tak sampai-sampai lagi. Alhamdulillah selamat semuanya.


Kenapa aku perlu fikirkan 1001 alasan untuk tidak bersyukur pada hari ini kerana aku ada 1001 nikmat dan rahmat dari Allah ?


Semoga kita semua baik-baik saja dan sentiasa bahagia dalam menikmati nikmat dan rahmat Allah. Alhamdulillah.

5 comments:

  1. Alhamdulillah, kak feni n suami selamat daripada malapetaka. Takut juga kalau jd benda ni kat abe kie. kalu abe kie rasanya menyorong je la motor tu sampai ke bengkel sorang2. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula nasib baik tu banyak. Alhamdulillah. Allah hadirkan orang yang baik-baik.

      Delete
  2. Wak kadang2 terkena kes minyak habis.
    menyoronglah sampai ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yang ni memang dah biasa dah wak sebab meter motor kami dah rosak. Jadi minyak ada ke takde kita tak tahu. Tiba-tiba dia padam. Kena tengah highway naya.

      Delete
  3. alhamdulillah yang penting selamat kak.. semoga Allah lindung kita sentiasa. dalam pahit tu insyallah akan hadir manisnya juga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.