Semua Orang Struggle Nak Teruskan Hidup
Tahun ni tahun yang sangat mencabar untuk semua orang. Ujian demi ujian Allah uji supaya kita ni tetap sabar dan tabah menghadapi semua ujian ini.
Semalam Isnin. Kak Feni tak masuk office. Duduk rumah dengan anak-anak je. Dapat wasap dari seorang sahabat. "Feni aku dekat Ar-Rahnu ni, letak barang kemas aku yang last ni". Allah sebaknya rasa. Kak Feni tanya nak buat apa. Nak buat modal berniaga.
Allah ! Tengok betapa ramainya insan yang terkesan akibat krisis yang melanda dunia ni. Dia pun dah lama berhenti kerja. Anak ada 2 orang. Sepatutnya tahun ni ambil UPSR tapi dibatalkan. Tahun depan dah naik tingkatan. Jadi belanja persekolahan pun makin meningkat.
Kak Feni sebagai seorang hanya mampu memberikan telinga untuk mendengar luahan hati beliau. Memberikan sedikit kata-kata semangat dan hanya mampu mendoakan agar segala kesulitan ini dipermudahkan. Dia tanya Kak Feni KWSP akaun 1 boleh keluar ke ? Kak feni pun tak tahu lagi sebab belum study betul-betul pasal KWSP ni.
Tak tahu lagi macam mana. Tahun depan lagi tak tahu macam mana. Kak Feni yang kerja ni pun rasa macam tak cukup jugak. Nak membeli pun rasa takut sebab tak tahu apa yang akan jadi kedepan hari. Anak-anak pulak makin membesar. Tahun depan nak masuk sekolah mesti nak guna duit lagi.
Tunggu pengumuman macam mana. Kalau krisis ni masih berlarutan sekolah dibuka atau tak, tunggu pihak berkuasa umumkan macam mana. Hidup mesti diteruskan walaupun seribu dugaan mendatang. Semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian ini. Allah tempat mengadu dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Ya kadang-kadang kawan kita hendak meluahkan sesuatu yang terbuku dalam hati.
ReplyDeleteRasanya akaun 1 boleh keluar kalau kita sudah gunakan had maksima ditetapkan untuk akaun 2.
Tula kak feni pun belum study lagi pasal kwsp akaun 1 ni. Setakat ni masih boleh keluar akaun 1. Kalau tak cukup baru nak fikir lain macam mana.
Deletesemoga diberi kemudahan dalam membuat keputusan..aminn
ReplyDeleteInshaAllah, harap semuanya dipermudahkan segala urusan.
DeleteSemoga Allah mencukupi rezeki kita
ReplyDeleteInshaAllah WP. Semoga dipermudahkan segala kesulitan.
DeleteHarap macam tulah. Ramai orang terjejas pendapatan.
ReplyDeletebetul tu kak.. memang terasa perit sungguh tahun ni..
ReplyDeleteujian bertimpa2.. sempit terasa. semoga Allah bantu kita semua.. keluar dari kemelut ni. cepat2 hilangkan virus ni..