Alhamdulillah Mata Tak Kena Operate

Saturday, March 13, 2021

Hari ni pagi-pagi dah bersiap nak pergi klinik mata dekat dengan opis. Sebelum pergi ke klinik beli sarapan untuk anak-anak dulu sebab nak tinggal di rumah opahnya. Kami singgah beli roti canai dulu di kedai depan tu. Oleh kerana hari ni hujung minggu, makanya ramailah orang di kedai tu. Kena tunggu lama baru boleh dapat roti canai yang kami order walaupun dah order melalui whatsapps. 



Keadaan mata Kak Feni dah bertambah baik berbanding semalam. Dah tak bengkak dan sepet macam semalam. Rasa lebih lega. Kena pergi juga klinik sebab dah buat appointment. Kami bertolak agak lambat dari rumah dan sampai di klinik pukul 11.00 pagi. Ada juga beberapa patient yang sedang buat rawatan. Jadi kena tunggu turn.



Nasib baik ada cermin mata hitam yang Kak Feni beli sekali bingkai ada power ni. Bergunalah juga masa tengah sakit mata ni. Cuaca panas sangat dan cahaya menusuk mata. Bila kenakan spek hitam ni kuranglah sakit berdenyutnya. Barulah tahu nikmatnya. Pakai spek hitam bukan untuk bergaya semata tapi untuk perlindungan mata kita juga. 


Lepas jumpa doktor dan cek mata ni. Doktor cakap takde nanah dan tak perlu buat operation buang nanah. Alhamdulillah memang lega sangat sebab takut juga. Haha.


Doktor bagi 3 jenis ubat titis yang kena titis 4 kali sehari. Pagi, tengahari, petang dan malam. Jadi kena konsisten setiap hari sehingga sembuh. InshaAllah hari Isnin ni kena datang lagi untuk checkup mata.




Lepas balik dari klinik kami singgah makan tengahari dulu. Lama tak dating berdua laki bini. Haha dah tua pun tetap kena dating jugak. 💓 Okey daaa nanti Kak Feni free kita cerita pasal kesembuhan mata i ols ni pulak ya.




4 comments:

  1. Assalamualaikum kak feni. done follow #122. Syukur alhamdulillah tak ada apa yg serius. Semoga cepat sehat mata kak feni tu.aiinn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.