Done Renew Lesen Memandu B2 & D

Tuesday, March 30, 2021

 


Sempena umur dah meningkat ni makanya lesen pun kena renew juga. Hari ni sebelum sampai opis singgah di Pejabat Pos untuk urusan pembaharuan lesen. Dah lewat 3 hari tapi hari ni tak kena denda sebab kerajaan bagi kelonggaran sampai 31 Mac 2021.

Dah renew ni takla risau nak drive kereta.




Buat 2 tahun sekali la jadi tahun 2023 pulak kena renew. Nak buat 5 tahun sekali rasa rugi pulak duit ni. Hehe sayang duit sebab nak buat macam-macam lagi. Maklumlah golongan marheam macam Kak Feni ni kena lah bajet-bajet jugak. Sekarang ni dahla gaji masuk pun tak menentu tak on time macam tahun sebelum-sebelum ni. Kena lah bajet ikut mampu.

Hari ni dah 30 haribulan tapi bayang gaji belum nampak lagi. Lori pon tak tahu kemana lagi. 

Sempena meningkatnya umur ni Kak Feni doakan agar hidup lebih baik dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah selalu. Menjadi ibu dan wanita yang solehah untuk keluarga. InshaAllah. Semoga Kak Feni sentiasa istiqamah untuk ke jalan Allah.

Alhamdulillah.

8 comments:

  1. Tahniah diatas sambutan hari lahor kak feni. Biasanya tarikh luput lesen sama dgn birthday kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula dah buat reminder lama dah tapi masa nak singgah di pejabat pos tu selalu tak sempat. Macam-macam hal.

      Delete
  2. Hbelated birthday...

    lewat jugak ye gajinya masuk, ke company kak feni memang bagi awal bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak.

      Gaji selalu hujung bulan, sejak pkp ni macam lewat sikit.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.