Singgah Shaklee Velocity untuk Topup Stok Sempena Bulan Ramadhan

Thursday, March 18, 2021

Semalam balik kerja sempat singgah di Shaklee Velocity. Ambik stok untuk customer yang dah order. Walaupun banyak produk yang takde stok, alhamdulillah untuk produk yang ada memang sentiasa ada permintaan.


Sempena nak sambut bulan Ramadhan yang tak sampai sebulan lagi ni. Kak Feni dah sediakan beberapa stok ESP yang kebetulan sedang promosi bulan ni. Beli 4 can ESP dapat free shaker. Memang mantap la kan. ESP tu boleh jual secara loose satu-satu. Untung dapat, bonus pun dapat. Memang tak rugi join ahli Shaklee dan jana pendapatan.



My partner dalam segala hal. Mujur datang dengan dia. Bolehlah dia tolong angkut kotak yang boleh tahan berat ni. Sejak MCO tahun lepas, Kak Feni memang tak pergi langsung Shaklee Velocity. Order secara online je dan abang kurier hantar ke rumah atau opis. Untuk customer yang ada di sekitar Hulu Langat dan KL (kawasan opis) Kak Feni.



Lama tak pergi branch wei lain macam feeling dia. Dah tak sama macam sebelum MCO. Kalau sebelum ni boleh ambil bakul dan shopping macam dekat mall. Boleh belek satu-satu produk yang Shaklee display. Kali ni pergi semua kena ikut SOP yang ketat. Haha macam jakun pulak rasa. Nak masuk pun macam biasa kena scan mysejahtera dan ambil suhu dulu. Ada orang yang jaga bahagian ni.

Lepas tu boleh terus ke kaunter untuk order. Kak Feni sampai Shaklee Velocity dalam pukul 6.00 macam tu, jadi tak ramai orang mungkin sebab cuaca hujan juga. 

Order produk yang Kak Feni nak. Bayar dan ambil resit kemudia kena pergi ke bahagian stok dan serahkan resit kepada penjaga stok untuk terima barang. Dia yang akan ambil semua produk yang kita nak. Ikut apa yang ada dalam resit. Kena sama-sama semak untuk elakkan kekeliruan. Dah selesai ambil barang boleh pulang dengan senang hati. 


Yang bestnya meniaga produk Shaklee ni tak perlu modal yang besar pun. Boleh jual ikut permintaan dan boleh order secara online saja. Kalau rasa nak simpan stok sikit-sikit pun boleh sebabnya inshaAllah pasti akan ada orang nak beli. Selalunya yang amalkan Shaklee ni pasti akan repeat order sebab serasi dengan suplemen atau vitamin Shaklee.

Boleh rujuk juga : Kebaikan Makan Vitamin untuk maklumat lanjut.

Dah selesai di Branch Shaklee Velocity kami pun bergerak pulang dengan senang hati. Ewah !



Thanks to my husband sebab sentiasa support apa yang isteri dia buat ni. Alhamdulillah semoga segala apa yang kita impi dan harapkan menjadi kenyataan dan dipermudahkan segala urusan.


Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau nak jadi ahli Shaklee bolehlah hubungi Kak Feni melalui whatsapp +601115672780.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.