19 Ramadhan Dah Kita Ni

Saturday, May 01, 2021

Pejam celik pejam celik hari ni dah 19 Ramadhan. Kak Feni sibuk dan kurang mood nak menulis. Allah nak ambik mood nak menulis satu-satu entry pon susah. Dapat job review pon malas. Haha sebab rasa macam kaya nau dah tu sampai tolak job. Haha bukan lah sebab nak menulis ni pun kena ada mood jugak. Kalau tak kelaut biru jugak.


Kak feni lebih suka santai-santai dan tak ikut SEO sangat. Biarlah view sikit pun sebab anggap bukan rezeki ku. Kaya, rezeki. Susah pun rezeki. Berbalik pada rezeki dan Allah inshaAllah hati akan tenang.


Bila dah semakin meningkat umur ni. Rasa malas nak ambil campur urusan orang lain. Nak perbaiki diri sendiri je sebab memang tahu diri ni memang sentiasa banyak kekurangan dan dosa. Kalau dosa dengan Allah tu, kita boleh mintak ampun dan merayu pada Allah. Kalau dosa sesama manusia ni kena minta maaf dengan manusia. Seeloknya taknaklah berdosa dengan manusia. Kak feni nak minta maaf dengan semua orang andai ada salah dan silap selama hidup ni.


Bulan Ramadhan ni, bulan yang terbaik untuk kita tingkatkan amalan dan topup yang mana kurang. Mana tahu salah satu amalan kita ni boleh membawa ke syurga Allah. InshaAllah.


Kak Feni pun kurang aktif di media sosial seperti ig dan fb sempena bulan Ramadhan ni. Post pun jarang-jarang. Muncul sekali sekala sebab nak bagitahu diri ini wujud lagi. Tak sepulun dulu nak kejar sales. Haha memanglah orang kata kena usaha lebih kalau nak lebih. Benda kalau kita berbalik pada Allah hati akan tenang. InshaAllah.


Kak Feni pun macam orang lain jugak. Insan biasa. Ada masa rasa semangat sampai ke langit nak dituju. Ada masa rasa down gila sampai taknak buat apa-apa. Macam tulah hidup ini. Bagaikan roda. Ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Begitulah ujian yang harus kita hadapi selagi nama manusia.


Tahun ni Kak Ani tak ambil stok meniaga banyak sebab masalah kovid ni. Takut tiba-tiba bazar Ramadhan takleh bukak, naya burn modal. Dahlah nak ambil stok tudung pun bukan murah. Tapi takpe benda tak basi dan boleh jual secara online. Kalau nak jimat kos penghantaran boleh pickup sendiri di kedai Kak. Tapi kebanyakan yang online ni minta pos sebab malas nak keluar. Tunggu abang posmen hantar depan pintu.


Satu masalah bila penduduk kampung yang order tapi kena keluar juga sebab posmen atau abang kurier tak jumpa cari rumah. Kebanyakkannya kena keluar pergi ambil sendiri di pejabat pos atau branch kurier. Haaa terbebel pasal kurier pulak dah. oklah dan nak masuk waktu berbuka. Banyak-banyak berdoa agar kita semua sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Boleh balik kampung jumpa insan tersayang.



Share 1 gambar untuk kenangan. Kami berbuka di luar dan jalan-jalan shopping untuk raya. Kak feni sayang semuanya.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.