Sombong Nak Ke Mana ?

Sunday, June 27, 2021


Sombong-sombong nak pergi mana? Hidup ni tak perlu nak sombong sangat sebab apa yang ada kat muka bumi ni hanyalah sementara. Semuanya pinjaman semata-mata dan semuanya ujian yang Allah bagi kepada kita. 


Nak sombong sangat sampai kemana ? Entahnya hidup ni kalau rasa boleh mati sendiri buatlah. Haha hanya ingatan untuk diri sendiri je ni. Tak semua orang sukakan kita jadi kita hiduplah dengan cara kita sendiri dan carilah bahagia kita sendiri.


Nak hidup indah tenang dan bahagia ni mudah je. Tak perlukan banyak modal. Asalkan hati bersih dan bersihkan hati inshaAllah semuanya dipermudahkan segala urusan. Berlapang dada dalam segala hal. Dalam masa yang sama kita juga berusaha untuk jadi insan yang lebih baik.


Biasalah hidup ini kan macam roda. Sentiasa berputar atas ke bawah dan bawah ke atas. Ada masa kita akan rasa lapang dan masa kita rasa sesak. Namun kita laluinya dengan tenang. Semuanya akan kembali baik-baik belaka.


Orang lain nak sombong dia punya hal, yang penting kita yang perbetulkan diri kita. Jangan begitu sebab kita takkan tahu bila ujian Allah nak datang. Dan kadang-kadang ujian tu datang untuk menegur kita supaya jangan sombong dengan Allah, dengan manusia serta dengan makhluk Allah.


Allah tak suka dengan orang yang sombong. Jadi siapa kita nak sombong-sombong sangat ni ?


Satu lagi bab adab sesama manusia. Kalau kita murid atau pelajar haruslah menghormati guru yang menyumbangkan ilmu kepada kita. Kita yang nak timba ilmu dari dia wajib menghormati dia. Tidak kita umurnya masih muda berbanding kita. Adab berguru barulah diberkati.


Soal berkat ni jangan dibuat main sebab kalau tak berkat macam mana nak hidup tenang kan ? Namun apapun serahkan pada Allah semuanya. Segala ujian yang Dia bagi mesti ada hikmahnya. Dia yang menjadikan kita hamba di dunia ni mesti bersebab kerana Dia lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.


Kita hamba, dalam mengejar syurgaMu, akan sentiasa diuji dengan berbagai ujian dan cabaran. Namun semoga Allah sentiasa menjaga dan merahmati hidup kita. Syurga itu bukan percuma dan hidayah itu milik Allah. Namun kita haruslah mengejar syurga itu dan sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. InshaAllah. Alhamdulillah.


Sampaikanlah walau satu ayat.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.