Bila Nak Habis PKP ni ?

Tuesday, July 13, 2021

Apa aktiviti korang musim kena kurung ni? Dah dekat 2 bulan kena kurung dan duduk rumah ni. Nak keluar pun takut. Sampai bila lah kita nak macam ni.


Setakat ni alhamdulillah masih cukup makan minum dan keperluan harian. Kedepan tak tahu lah macam mana. Allah bantulah kami. Tak tahu nak fikir macam mana dah. Hanya Allah tempat bergantung dan memohon pertolongan.


Rezeki makan minum alhamdulillah tak putus. Takut nak tengok media sosial sebab ramai yang terkesan dengan PKP kali ni. Ramai yang hilang punca pendapatan sampai nak makan pun takde duit. Allahuakbar sedihnya. Sama-sama lah kita tolong kita. Kalau tak dapat nak bantu banyak. Kita bantu sikit. Sama-sama kita hadapi semua ujian ni dengan tabah.


Doakan agar semuanya kembali pulih. Anak-anak dapat pergi sekolah dengan gembira dan kita boleh bekerja mencari nafkah dengan bahagia selagi diberikan peluang di dunia ni. Kadang-kadang rasa macam dunia ni dah terlalu tua. Dah nak penghujungnya. Rasa takut pun ada namun kita sebagai hamba Allah yang beriman harus kuat dan tabah dalam menghadapinya. Semoga Allah sentiasa tetapkan hati kita agar kuat semangat dan kuatkan iman kita sampai ke penghujungnya. InshaAllah.


Hari minggu biasanya Kak Feni akan sibuk dengan PDPR anak-anak. Kadang-kadang tak terbuat pun ada jugak sebab macam-macam masalah. Anak-anak taknak buat. Nak paksa-paksa pun sampai stress diri ummi ni. Jadi buat jela apa yang boleh buat.


Nak ajar anak-anak ni ummi yang kena fokus dan faham dulu. Kalau kita pun tak faham macam mana nak ajar anak-anak. Allahuakbar baru ada anak dua. Ni pun macam tak terhandle. Kadang terfikir macam mana lah mak-mak yang anak ramai tu. Nak buat kerja rumah lagi nak masak nak kerja nak ajar anak-anak lagi. Semoga kita semua kuat lah menghadapi semua ni.


Stay positif. Jaga kesihatan mental. Kuatkan semangat. Kalau rasa tak mampu jangan paksa diri dan sentiasalah berdoa agar Allah sentiasa permudahkan segala urusan kita. InshaAllah.

2 comments:

  1. aida x kisah bab pdpr, bdr.
    yg aida seriau is angka covid yg semakin naik.
    kita da dok rumah lebih 1 bulan.
    angka cecah 13k. ari ni 12k. aduhai...

    takot nak ke mana2. ke kedai pun rasa cuak kalau org dekat sgt dgn aida tau.
    jadik jakun pun ye jugak.
    sedih, kan, next week aidiladha still tak dpt balik kampung :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes hari-hari naik. Tak tahu nak cakap apa dah. Duduk rumah pun dah. Nak komen lebih-lebih kan kita tak tahu. Nasib rakyat marheam

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.