Done 1st Dose Vaccine

Wednesday, July 21, 2021

Okey semua. Kak Feni dah setel vaksin dos pertama semalam. Nak update kat blog. Alahai bercinta. So today I'm gonna share my experience with you alls.



Kak Feni dapat pukul 12.00 pada 16/7/2021 bersamaa hari Jumaat. Perasaan bila dah dapat tarikh tu memang happy lah sebab kita daftar awal kan. Lega sebab finally dapat juga tarikh vaksin ni. Bukan apa sebab bila on je media sosial ni semua update saya dah divaksin. Kita hari-hari update di mysejahtera. Tak dapat-dapat. Yang stressnya yang baru daftar terus dapat. 


Namun kita ni berlapang dada jela mungkin ada hikmahnya. Bukan apa sebab husband kak Feni kerja di pusat kuarantin yang dah tentunya ada positif c19. Jadi kita kena la berjaga-jaga untuk elakkan dari jangkit ke anak-anak dan orang tua. Kita cegahla orang kata.


Masa mula-mula hari tu takut juga dengan vaksin dan semestinya Kak Feni bukan anti vaksin ya. Semuanya kita serahkan pada Allah sebab yang terjadi mesti ada sebabnya. Bagi kita yang tidak mampu ni hanya mampu berdoa dan serahkan semuanya pada Allah.


Alhamdulillah semua adik beradik Kak Feni dan mak dah pun vaksin. Cuma Kak Feni je belum selesai dos ke 2. InshaAllah awal bulan 8 nanti selesai lah. Harap-harap bila dah vaksin hampir semua kita dah boleh balik kampung dan kerja macam biasa. Kesian dekat mereka yang terjejas tu. Nak makan pun tak cukup. Sedihnya.



Kak Feni bertolak sana awal dan sampai dalam pukul 11.00 pagi macam tu. Sampai terus beratur untuk di vaksin. Tak perlu tunggu lama. pukul 11.30 pagi dah selesai dah. Sekejap je walaupun ramai orang. Keadaan sangat teratur dan lancar je. Nak suntik pun doktor akan tunjuk botol dan picagari tu. Alhamdulillah tepat 11.30 dah selesai cucuk.


Tips nak pergi vaksin. Pakai baju yang mudah untuk di cucuk. Jangan pakai baju yang ketat-ketat yang susah nak buka bahagian bahu tu. Kak Feni pakai t-shirt dengan cardigan je. Bila nak cucuk buka cardigan je. Bawa pen sendiri. Bawa lah 2 batang pen, incase 1 pen rosak boleh guna yang spare tu. Elakkan guna pen orang lain kalau boleh sebab kita tak tahu siapa yang datang kan. Kat tempat yang Kak Feni vaksin tu ada sediakan pen dan sanitizer jadi boleh guna dan terus sanitize tangan lepas guna.


Apapun jaga diri masing-masing dan lakukan tanggungjawab kita untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan semua. InshaAllah semuanya akan baik-baik. 


5 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.