Hari Macam Biasa Saja

Thursday, July 08, 2021
Hari ni PDPR macam biasa lewat sokmo sebab kena ikut mood anak-anak. Tunggu okey baru buat tapi tak boleh nak ikut sangat jugak sebab ada masa kena bertegas. Ada masa kena berlembut. Untuk Abang Aus alhamdulillah bersyukur sangat sebab dia memang boleh bawa diri. Kak Feni cuma pantau bila nampak dia leka dan tak buat kerja sekolah.

Untuk adik memang kena bagi perhatian 100% pada dia. Kena tengok dan fokus betul-betul bila nak ajar dia. Dari umur 5 tahun sekolah pergi celam celup sebab banyak akai. Tahun ni kena PDPR lagi lah seronok sebab tak perlu pergi sekolah tapi kadang-kadang dia cakap rindu juga nak pergi sekolah.

Memanglah rindu dik, sebab asyik berkurung di rumah je. Kes taknak pergi sekolah sebab susah bangun pagi je. Yang lain okey. Masa boleh sekolah hari tu dah seronok pergi sekolah dah. Seronok sebab dah ada kawan dan pandai membeli di koperasi sekolah. Hari-hari ada je barang baru yang dia beli. Kadang-kadang pensil, pemadam, buku dan mainan. Jangan tak tahu mainan pun ada.


Dia kurang habis duit ke makan sebab dah makan kenyang-kenyang sebelum pergi sekolah dan dia bukan pemakan macam abang dia. Abang Aus semua okey, janji order je menu yang dia nak. Tak makan boleh nangis. Haha.


Ni lama duduk dalam rumah tak boleh kayuh basikal. Badan pun dan bulat ummi tengok. Abahnya risau suruh dia bersenam sebab takut obesiti. Dia kuat makan. Hari-hari makan berulang-ulang. Tu Kak Feni mesti sediakan bahan makanan untuk dia sebab malam-malam pun nak makan. Buka kedai mamak lah umminya bila malam. Maklumlah sekarang kan PKPD, kedai buka sampai pukul 8.00 malam je. Nak order food panda pun tak boleh. 


Anak-anak nak membesar ni memang lah kena sediakan makanan untuk diorang. Kalau tak boleh buat gaduh. Ummi tak sayang anak lah macam-macam. Haha bila bab anak-anak ni memang boleh buat touching. Apapun urusan kita hari ni dan esok. Semoga Allah permudahkan dan diberikan kekuatan untuk menghadapiNya. Tabahlah dan semoga bumi ni cepat sembuh. Kami rindu keluarga kami. InshaAllah.

4 comments:

  1. sama lah macam hans
    duduk rumah kerja makan jer
    haihhh tak sabar nak pkpd dan covid-19 nih habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan. Sama-sama kita kuatkan semangat dan berdoa agar semuanya cepat pulih dan kita boleh balik kampung.

      Delete
  2. anak2 aida yg bongsu, Izzat, nampak pipinya da tembam :) ha ha ha ha...
    yg kakak2, sendiri tahu badan da berat, memasing kurangkan makan.
    dok rumah kan. apa lagi.
    ruang tamu. ruang makan. dapur :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan. Takde tempat lain dah nak travel. Hari ni dan seterusnya ulang benda yang sama. Hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.