Kaftan Viral Laris Macam Goreng Pisang Panas

Saturday, July 24, 2021

 Hari ni cuaca panas betol. Tak tahan rasanya. Mulut pun banyak yang pecah dan timbul ulser. Allahuakbar sakitnya rasa. Kena banyak minum air kosong sebab panas dalam. Kepala pun kejap-kejap sakit ngap-ngap je rasa.


Singki pulak bocor dah banyak hari. Kalau guna air meleleh je keluar. Hari ni abah kerja petang jadi sempatlah dia repair masa panas-panas tadi. Ummi tolong sikit-sikit je sebab sakit kepala. Tak tahan dan baring je. Sambil baring pun sempat juga post kaftan yang sedang viral sekarang ni. Alhamdulillah laku 2 pasang.


Rezeki kan. Daripada duduk saja share produk yang boleh buat duit. Jadi dropship je Kak Feni sebab malas nak fikir pasa urusan pos. Semuanya leader yang uruskan. Kita tinggal rajin dan malas je. InshaAllah akan ada je rezeki. Esok-esok ada modal rasa macam nak buat lebih kita pulun. Setakat ni jadi dropship pun dah boleh bayar komitmen bulanan. Buat bayar bil-bil TNB dan air tu dah lepas. Nak beli makan anak-anak kalau nak makan mekdi ke kfc ke air boba ke alhamdulillah lepas dah. Simpan sikit-sikit habuan penat buat kerja.


Setakat ni alhamdulillah rezeki niaga online dan menulis tak pernah putus. Ada je yang masuk. Alhamdulillah memang rasa syukur sangat. Dalam kaftan ni Kak Feni baru je lagi. Sebelum ni jual je produk suplemen dan skin care. Baju-baju blouse dan tudung. Ada modal lebih sikit ambil banyak secara borong. 


Ni musim PKP malas ni simpan stok sangat dah. Pening kepala nak keluar pos walaupun boleh je keluar pos. Buat dropship jela. Amik order dan komisyen je. InshaAllah adalah rezeki tu.


Setakat hari ni Kak Feni dah jual 4 + 1 + 2 = 7 pasang dah kaftan. Alhamdulillah laris sebab cantik-cantik coraknya. 1 pasang 1 design jadi kalau nak 2 pasang design yang sama kena request tapi belum open lagi. Jual yang mana dah ready stock jela dulu. Duduk rumah pun lawa pakai kaftan ni. Maklumlah ramai yang kena work from home sekarang ni kan. Memang sesuai sangat la melaram dengan kaftan ni. 


Mak-mak pulak kena PDPR anak-anak di rumah jadi takkan nak pakai macam Mak Limah pulak kan nak duduk depan pc atau hp. Bior lah nampak elok sikit kita ni. Barulah semangat nak jadi cikgu dan ustazah kat rumah kan. hehe gurau je.


Okey by the way kalau berminat nak tengok kaftan cantik-cantik, lawa-lawa, meletops gojes boleh ushar dekat wall fb Kak Feni ya ? klik je Safeni Feni. Boleh follow sekali sebab Kak Feni suka share produk di FB dan ig. Kalau ada stok baru memang akan update dekat sana. 



Contoh kaftan berlengan panjang



Contoh kaftan biasa. 1 pasang 1 design.

Harga untuk setiap design berbeza namun yang pastinya mampu milik. Tak panas dan mudah digosok. Taknak gosok pun boleh. Kalau Kak Feni tak gosok dah nye. Haha 😁



Apapun kalau berminat jangan lupa pergi singgah dekat wall FB Kak Feni ya. Tq for support bisnes Kak Feni. Alhamdulillah. ❤

 







2 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.