Safety Boot Abah Dah Sampai
Entry santai lagi sebab takde benda nak share. Haha nak asah skill supaya tak hilang kena hari-hari buat. Okey hari ni abah dah pun rasmikan safety boot yang baru sampai semalam. Excited tak sabar nak balik awal sebab nak tengok kasut baru.
Musim PKP ni semua kena beli secara online. Mujurlah tak lama masa nak sampai kasut dia tu. Alhamdulillah. Bolehlah pakai buat pergi kerja.
Ni ha kasutnya beli dengan shopee je sebab mampu milik. Hehe tq shopee walaupun sekarang ni postage kena bayar sendiri. Kena pandai pilih seller yang bagi free postage untuk belian sekian sekian. Pandai-pandailah pilih yang free postage tu.
Setakat ni dah banyak benda masuk dalam chart kat shopee tu. Tapi dok fikir lagi boleh beli ke tak bukan apa risau ni dah hampir 2 bulan tak masuk kerja ni. Setakat ni boss masih bayar gaji. Tak tahulah bulan ni dengan bulan depan macam mana. Dengan kes yang makin meningkat ni, tak tahu boleh kerja ke tak.
Setakat ni alhamdulillah masih diberi kecukupan dari segi makan minum dan komitmen bulan. haishhh kadang takut nak fikirkan masa depan. Tugas sekarang ni just go with the flow. Doa yang baik-baik dan teruskan hidup sebagai hamba Allah. Jangan sekali-kali salahkan takdir sebab Allah dah janji mesti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu. InshaAllah sentiasa berhusnuzon.
Takut nak tengok media sosial hari ni dengan kes covid yang semakin naik setiap hari. Kes kematian dan banyak lagi. Semoga kita sama-sama kuat untuk menghadapi segala ujian ni. Allah uji tanda sayang.
nice,... kene dan rajin membelek kat shopee tu
ReplyDeleteya kak. Ni husband dia belek2 sendiri lepas tu send link. "yang order ni untuk abah". Haha setakat ni dia tak pandai lagi nak shoppping online. Esok2 dah pandai tak mintak tolong kita dah kot. Haha
Deletebila dah order kita minta la upah untuk kita juga.
tu la kan. dulu kala best soping di shopee.
ReplyDeletebab free delivery tu memang aida suka.
now, no more. and da 2-3 bulan la aida x folo offer double date tu.
kebetulan xde benda penting nak beli :)
sudi nak exchange bloglist?
https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html
Alhamdulillah kak feni dah masukkan dlm bloglist kak feni. Yang hari tu dah hilang maybe tukar template kot.
Delete