Santai-santai Saja

Wednesday, July 07, 2021

Setiap hari kita bangun pagi dan berdoa agar semuanya akan baik-baik saja. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja. Bukan senang nak adjust minda kita dari negatif ke positif. Setiap hari jangan lupa berdoa agar segala apa yang kita impikan menjadi kenyataan.


Alhamdulillah untui setiap nikmat yang Allah berikan. Terima kasih ya Allah. Hari ni berlangsung dengan baik sekali walaupun ada juga yang carca marba. Anak-anak bangun lambat dan tak dapat join google meet. Buat yang mana boleh je. Alhamdulillah dah siap hantar dah.


Kak Feni fokus kepada mata pelajaran yang penting je. Kadang-kadang rasa stress sangat sampai tak mampu nak hadap. Bila stress mulalah badan dan otak ni rasa penat. Tak boleh nak fokus. Semua kerja akan tergendala. Manakan tidaknya, masa tu lah nak masak. Masa tu la nak bagi anak makan. Nak uruskan rumah lagi. 


Hal-hal pejabat, boss tak pulun lagi sekarang ni. Kalau dia suruh buat baru buat. Alhamdulillah. Tapi hati ni risau jugak sebab dah hampir 2 bulan ni kena duduk rumah. Jadi cikgu anak-anak. Kalau boss dah tak mampu nak bayar gaji tak tahu lah macam mana. Kes pun semakin naik tak nampak penurunan pun walau PKPD. 


Semuanya Kak Feni serahkan pada Allah untuk uruskan. Ni pun dah berjimat cermat sangat dah. Tak boros mana sebab risau juga lah kalau company jadi apa-apa. Nak backup plan pun takde Kak Feni ni. Setakat buat bisns online sikit-sikit untuk tampung bayar-bayar bil dan komitmen. Allah semoga Kau tunjuklah jalan keluar.


Anak-anak makin membesar ni memang perlukan banyak belanja. Rasa macam nak buat dropship jugak lah tapi tak tahu nak buat apa. Shaklee ni on macam biasa sebab tak perlukan modal yang besar. Ada order kita order online je sebab tak perlu simpan stok. Yang lain tu tak tahulah. Nampaknya kena masuk kelas balik ni sebab nak cari semangat baru. Demi anak-anak dan untuk mencari kekuatan diri jugak ni.


Allah, permudahkanlah segala urusan kami semua.

2 comments:

  1. keje ofis aida plak, x byk.
    more on webinar dan kursus online.
    mostly sebelah pagi.

    elok la ada bisnes. it is time utk cari ilmu tambahan, kan.
    di samping buat sales secara online.
    aida harap duit gaji keje la.
    takde bisnes :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe mana-mana pun rezeki. Kak feni ni sebab komitmen banyak lepas tu gaji bulanan pun tak berapa nak mewah makanya kena buat kerja 2 3 kerja untuk satu masa. Bukan tamak tapi untuk hidup lebih senang sikit dan bila ada orang minta tolong sekurang-kurangnya kita boleh la tolong apa yang mampu.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.