Selamat Datang Julai 2021

Friday, July 02, 2021

Dah setengah tahun dah kita ye? Dah masuk bulan Julai dah kita ni. Dengarnya PKP disambung lagi. Allahuakbar semoga dipermudahkan segala urusan kita.


PKP kali ni dah ramai yang terkesan. Tak tahu macam mana dah nak cerita. Ke mana hala tuju kita ni sebenarnya ? Sampai bila kita nak terus macam ni? Kesian pada mereka yang terkesan. Termasuklah kami ni. Boleh kira kita semua memang sangat terkesan. Last balik kampung tahun lepas. Tu pun masa dia buka rentas negeri.


Terima kasih Ya Allah sebab gerakkan hati kami untuk balik masa tu. Balik kampung lama dari sebelum ni. Dapat luangkan masa dengan mek. Seronok sangat dia bila anak, menantu dan cucu-cucu balik. Sempatlah bawa dia jalan-jalan pusing Kelantan dan ke Besut, Terengganu. Seronoklah dapat berjalan. 


Nak berjalan pun tunggu anak cucu balik dulu. Mek pun dah uzur tak sekuat dulu dah. Umur pun dah masuk 70-an. Jadi apalah kudrat yang tinggal. Rindunya nak balik kampung. Allah, semoga kita semua kuat dan mampu untuk menghadapi ujian ni. Allah, sembuhkanlah bumi ni dan ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah.


PKPD di Hulu Langat akan bermula pada 3/7/2021 - 16/7/2021 selama 2 minggu. Jadi dalam tempoh PKPD ni, hanya seorang ketua rumah sahaja yang boleh keluar. Allah, kami memang tak keluar pun. Duduk rumah je dan kadang keluar buang sampah je. Bahan makanan mentah semuanya husband Kak Feni je yang keluar beli. Kak Feni duduk rumah dengan anak-anak.


Hari-hari anak mengadu nak balik kampung nak tengok tokmek. Nak keluar nak jalan. Allahh!!! Kita semua sedang berjuang. Semoga kita semua kuat. Ujian ni bukan kita saja. Semuanya pun sedang mengalaminya.


Ramai yang dah mula angkat bendera putih menunjukkan yang mereka sangat-sangat terkesan dengan PKP ni sampai bekalan makanan pun habis. Kita rasa kita susah, masih ramai yang diluar sana lebih susah. Jadi bagi kita yang masih punya pendapatan, punya makanan di rumah. Bersyukur dan bantulah mereka yang memerlukan. Kita support each others. 

Kita order food panda bukan sebab kita kaya tapi niatkan untuk bersedekah. Kalau lebih pun halalkanlah. Mereka pun mencari rezeki yang halal. InshaAllah akan ada keberkatan disitu. 


Ada lebih, kita berkongsi rezeki. Kalau takde kita doakan agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Apapun bersabar. Semalam tengok #Qurantime, orang paling kuat diuji jalan para rasul dan nabi. Mereka ini paling burnout. Jadi kita pun tidak boleh patah semangat. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita peranginya. Tapi kadang-kadang geram juga dengan para pengilang yg tak jujur (kilang tak berapa essential tp waktu pohon kata essential). Kesian juga para pekerja yg perlu ke kerja (ammi dapat rasa yg majikan ugut, tak datang kerja takde gaji). Jadi mcm mana nak hentikan penularan kalau banyak kilang yg dibuka. Lainlah dorang bila dah gi keje kat kilang tu pastu tak kluar dah dari kilang....ni lepas habis waktu kerja dorang bergaul gak dengan anak isteri, gi kedai membeli barang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.