Salam Maal Hijrah 1443

Tuesday, August 10, 2021


Salam Maal Hijrah untuk semua. Marilah kita sama-sama perbaiki kekurangan diri dan perbetulkan apa yang khilaf sebelum ini. Azamkan untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.

InshaAllah dengan izin Allah, semuanya akan baik-baik saja nanti.

Semalam seharian Kak Feni tengok media sosial tentang pemergian Bidadari Syurga Siti Sarah. Pemergian yang sungguh menjentik emosi para ibu dan isteri. Semoga kita juga menjadi bidadari syurga seperti yang diimpikan. InshaAllah.

Pengorbanan isteri untuk melahirkan zuriat untuk suami dan ibu yang bergadai nyawa untuk anaknya. Allahuakbar syurga buatmu bidadari syurga. Pemergiannya yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia berduka dan menghargai pasangan masing-masing. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.

Sempena tahun baru Islam ni. Mari sama-sama kita muhasabah diri dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Sesungguhnya melawan nafsu itu adalah satu perjuangan besar.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Selamat tahun baru kak Feni. Semoga lembaran baru ini menjadikan kita manusia yang lebih baik segenap sudut. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. keputusan giveaway dah keluar jemput tengok https://www.mamapipie.com/2021/08/pengumuman-pemenang-kategori-2-road-to.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.