We are Covid Fighter - Alhamdulillah dah sihat

Thursday, September 16, 2021

Alhamdulillah tak tahu nak cerita macam mana syukurnya pada Allah sebab masih diberikan peluang untuk nikmati hidup yang indah ini.

Lama Kak Feni tak share dalam blog ni sebab sibuk uruskan keluarga.

29/8/2021 - Ahad

Badan mula rasa tak sedap. Dedar macam nak demam. Kami macam biasa ke rumah mentua Kak Feni sebab -anak-anak nak pergi rumah opah depa. Kebetulan Abang Par pun nak datang nak main dengan anak-anak Kak Feni. Jadi kami pun berlonggok la di rumah mentua.


30/8/2021 - Isnin

Kami satu keluarga demam. Abah yang mula dulu, kemudian ummi dan anak-anak. Kami ke klinik biasa dan dapat ubat. Makan ubat lega. Anak-anak pun macam dah lega. Tinggal ummi dengan abah selsema dan batuk serta sakit tekak.


31/8/2021 - Selasa

Hari merdeka, abah cuti. Kami duduk rumah je sebab risau kan. Kira kuarantin kendiri sebab tak sihat. Kami pun dah tak pergi rumah mentua sejak hari Isnin. Duduk rumah masing-masing.


1/9/2021 - Rabu

Kami kuarantin di rumah saja. Masa ni dah risau sebab takut dah kena jangkitan. Suami Kak Feni pun masih pening-pening dan batuk. Kak Feni dah tak sedap hati. Rasa macam kena pergi buat swab sebab dah berapa hari demam on off. Kami ajak kakak ipar sekali sebab dia pun demam selsema.


2/9/2021 - Khamis

Kami 5 orang pergi klinik kesihatan Bandar Tun Hussein On untuk buat saringan. Cuba je pergi klinik kesihatan sebab ayah mentua kak feni pergi situ. Kalau klinik kesihatan taknak buat saringan baru kami nak pergi klinik swasta. Alhamdulillah kami boleh buat saringan di situ walaupun kena bebel dengan nurse kenapa tak pergi klinik Batu 14. Segala urusan di klinik selesai dalam 2 jam. Doktor bagi ubat terus sebab kami masih ada demam dan batuk. Balik terus kuarantinkan diri di rumah.


3/9/2021 - Jumaat

Pagi-pagi kami dah semak mysejahtera dan terus jadi merah. Lepas tu dapat call dari KKM untuk update mysejahtera. Terus tanyakan result untuk anak-anak. Yang Abang Aus negatif dan kami 3 orang positif. Angah dia pun positif. Bila dah positif ni kena lah asingkan tempat kami dengan Abang Aus. Dia duduk sorang dalam bilik dan kami bertiga duduk kat luar. Bila dah duduk sekali ni nak jaga asingkan pun susah. Tawakal jela.



Kami terus suruh siapa yang kontak rapat dengan kami pergi buat saringan. Abang Fairus suami Kak La buat dekat klinik swasta. Mak dengan ayah buat di klinik kesihatan Batu 14. Keputusan Abang Fairus negatif. Keputusan mak ayah kena tunggu hari Isnin sebab buat saringan hari Jumaat.

Bermulalah episod kami kuarantin di rumah sebagai pesakit covid-19. Oleh kerana kami positif yang bergejala ringan, jadi hanya kuarantin di rumah.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.