Kembali Masuk Kerja Setelah Seminggu Bercuti

Thursday, October 28, 2021

 Hari ni kembali kerja macam biasa. Masuk-masuk kerja terus kena meeting pukul 11.00 tadi. Habuan cuti lama. Boss pun dah rindu. Haha


Alhamdulillah sebab masih diberikan kesihatan yang baik untuk teruskan hidup di bumi Allah yang bertuah ni. Minggu depan anak-anak dah masuk sekolah secara penggiliran. Sekolah Kebangsaan dan selesai. Tunggu jadual sekolah agama pula.


Kita mak-mak ni mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak. Dah sebulan lebih Kak Feni tak peduli sangat tentang PDPR anak-anak. Balik kampung tengok Tokmek. Dan lepas ni kena fokus balik pelajaran anak-anak. Buat apa yang termampu. InshaAllah kita manusia biasa yang kemampuannya terhad. Hanya serahkan semuanya pada Allah.


Bahagia cara kita. Nak pulun sangat pun tak boleh kalau sampai stress. Nikmati jelah hidup ini. Serahkan semuanya pada Allah. Semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan oleh Allah.



Sebelum balik kampung pun macam-macam hal kena hadap tapi alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Balik kemas rumah Tokmek dan buat apa yang patut. Macam nak raya. Tokmek nak jalan jauh pun dah tak larat. Faktor umur. Kalau tak dia memang suka berjalan kalau anak cucu balik.


Semoga Kak Feni sentiasa diberikan waktu dan peluang untuk menjaga dan berbakti kepada ibu. InshaAllah.

3 comments:

  1. ammi pun mcm dah agak demotivated dgn PDPR anak-anak. Dah penat nak check hari2.
    Kadang-kadang kerja hari ISnin hari Rabu baru ammi snap dan submit.

    ReplyDelete
  2. mesti semangat lain macam bila dah mula masuk kerja semula...

    ReplyDelete
  3. Aamiin.. dah bertambah semangat dah tu nak bekerja semula

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.