Teluk Senangin Perak

Monday, November 01, 2021
Balik dari Kelantan, kami round the world ikut Gerik, singgah Lawin rumah mentua Acik dan terus ke Manjung. Bila sampai Manjung, mesti mandi pantai. Selalu pergi Teluk Batik je sebab dekat dengan rumah Acik.

Kali ni kami ronda jauh sikit ke Teluk Senangin. Walaupun jauh ke dalam tapi meriah. Alhamdulillah sampai lagi. 

Anak-anak sibuk nak mandi pantai. Yang best Teluk Senangin ni dekat dengan tempat makan. Macam dekat Pulau Pangkor. Lepak kejap je sebab nak puaskan hati anak-anak nak mandi pantai.

Kami sewa pondok tepi pantai dengan harga RM15 sejam. Kami sewa 2 jam rm30. Dari pukul 3 sampai pukul 5 petang. Sejam sekali dia datang ambil duit. Ingat sekejap je. Eh tambah pulak masa. Jangan risau sebab benda boleh bincang kan. Kalau rasa nak lepak lama, tambah je duit sewa tu RM15 sejam. 

Pondok ni ada sediakan elektrik. Jadi kalau bateri handphone dah habis boleh cas. Siap ada kan as untuk tutup jadi bilik. Lepas mandi rasa nak baring boleh tutup. 

Kami pilih dekat dengan toilet sebab senang nak bawa anak-anak mandi.



Kami tak mandi pun. Anak-anak dengan Pakcik je yang mandi. Malas nak tukar baju. Nak lepak santai duduk atas pondok. Kena angin pantai. Memang syahdu la jawabnya. Rasa macam nak lena pun ada. Pukul 3 petang tu panas lagi. Dah masuk pukul 4 tu baru nampak redup dan seronok mandi. 



Sementara tunggu anak-anak mandi. Ummi dengan abah dating la jalan-jalan di gerai sekitar. Ewah sebabnya ummi lapar tak makan tengahari. Berhenti makan tengok kedai tu takde sambal belacan. Putus angin nak makan nasi. Haha
Mujur kat sini ada jual laksa. Beli dan memang sedap. 

Mula beli satu je nak try. Dah sedap pergi repeat lagi beli 2 bungkus. Makan atas pondok. Memang best berkelah di sini. 

Kami kalau pergi Manjung rumah Acik. Agenda utama mesti nak mandi pantai dan berkelah. Kali ni malas nak bersiap. Beli jela di gerai kat situ. 

Rasa malas nak pergi Pulau Pangkor boleh pergi Teluk Senangin. Cantik sangat. 


9 comments:

  1. Ammi pernah ke Teluk Senangin tahun 2015 kalau x silap. Taktaulah musim ke apa ntah punyalah banyak lalat. Kat kedai makan pun dorang siap letak kertas gam perangkap lalat. Nak menyuap makanan pun takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada juga lalat masa kak feni pergi ni. Nak layankan anak-anak punya pasal. Okey jela kan.

      Delete
  2. Selamat beriadah dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  3. tepi pantai memang sentiasa cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Damai betul dan menghargai ciptaan Allah. Alhamdulillah.

      Delete
  4. assalam..ada tak no telefon sewa pondok tu..heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alaa yang lupa nak snap gambar no telefon sebab setiap pondok kat situ berbeza owner. Kalau walkin boleh pilih pondok mana. Nanti owner datang collect duit dekat pondok.

      Delete
  5. assalam..ada tak no tpon sewa pondok tu..hehehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.