Cameron Highland 02/12/2021 - 04/12/2021 (3 Hari 2 Malam)

Friday, December 10, 2021

Bila dah buka border boleh rentas negeri ni ramai yang tak lepas peluang nak jalan-jalan kan ? Alhamdulillah lepas balik kampung  tengok Tokmek dan family. Kami berjalan ke Cameron Highland pulak bersama family sebelah suami.


Kak Feni ambil cuti awal takut cuti tak lulus. Alhamdulillah dah selamat turun walaupun ada sedikit masalah disebabkan oleh tanah runtuh.


02/12/2021 - Khamis

Kami bersiap awal pagi untuk bertolak ke sana. Hari kerja kan jadi jalan nak keluar KL ni agak jem. Pukul 10.00 pagi kami sampai di Hentian R&R Sungai Buloh untuk bersarapan. Sebelum tu kami singgah di HKL dulu sebab abah tertinggal cermin mata dalam van kerja. Jadi kenalah singgah ambil mata kedua dulu. Kami 2 kereta bergerak asing sebab 1 kereta lagi nak singgah di Ampang ambil sandwich yang Kak Misha buat.


Kami singgah isi minyak di stesyen minyak Jalan Duta. Isi penuh-penuh sebelum bertolak. Kami ikut Simpang Pulai sebabnya dengar cerita jalan Tapah teruk. Kami sampai di last stop lepas zuhur. Masa ni semua tak sabar nak sampai sebabnya semua dah nak membuang. Makan banyak mula lah nak cari tandas. Tu kan perkara biasa bila berjalan.



Kat sini mesti singgah walaupun seribu kali pergi Cameron. Haha dulu kami duduk di Gerik, jalan paling dekat ialah jalan Simpang Pulai. Sini pun macam-macam sayur ada jual. Kalau dah terlepas beli sayur kat atas boleh singgah shopping sini selagi duit tak habis. Hehe


Kami teruskan perjalanan untuk cari makan. Lepas je Lavender Garden, biras Kak Feni call tanya jalan ok ke tak. Kami dah selamat naik atas nak sampai Kea Farm dah. Dia cakap ada tanah runtuh. Jadi kena patah balik turun. Pening nak naik ke tak sebab jalan tutup terus. Dan masa tu khabarnya ada lori dan kereta yang tertimbus.


Kami makan tengahari di Tanah Rata sebab dekat dengan resort yang kami nak duduk tu. Lepas makan kami terus check-in dalam pukul 4.00 petang. Malam tu kami masak simple-simple je untuk makan malam. Masak nasi, sardin dan telur dadar. Hurmm sejuk-sejuk dan lapar ni, lauk macam ni pun dah heaven.


Malam tu kami hanya lepak di resort jela. Jalan-jalan sekitar resort. Sejuknya macam kat oversea. 


03/12/2021 - Jumaat


Hari hujan. Kami lambat keluar dari resort sebabnya hujan. Sarapan pagi makan nasi lemak dan nasi goreng. Nasi lemak beli jer dekat pasar di Tanah Rata. 


Lepas sarapan kami keluar ke Taman Agro Teknologi Mardi. Tiket masuk RM 6.50 untuk dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak.



Di sini kita boleh melawat kebun bunga, kebun sayur, kandang kambing dan arnab. Ada juga cafe untuk lepak minum sambil nikmati suasana ladang. Sejuk-sejuk minum minuman panas memang best.



Hujan turun agak lebat masa kami sampai jadi terhad untuk jalan. Jalan yang mana boleh jelah.



Sampai sini jangan lupa ambil gambar banyak-banyak sebab banyak port menarik untuk berphoto. Feeling ala-ala duduk oversea. Baju panas ada rugi tak pakai. Pakai jela kan. Kihkihkih




Kami sempat berphoto beramai-ramai sebelum bergerak ke Billion baru (tempat pasar malam lama). Lepak minum starbuck.



Dekat jer dengan resort kami rupanya. First time sampai. Next kami ke Billion. Sinilah tempat kita nak feeling macam overseas. hahaha







Okey lepas lepak starbuck minum makan. Kami teruskan perjalanan ke Kea Farm. Mencari sayur untuk buat stimbot malam nanti dan ke Sactuary Sheep. Anak-anak sibuk nak tengok kambing.











Anak-anak seronok sebab boleh bagi makan kambing biri-biri ni. Sebelum masuk kita akan diberikan dedak untuk bagi makan kambing ni. 

Lepas puas bagi makan kambing. Kami naik atas dan bersiap untuk pulang ke resort. Kami  singgah di kedai kek untuk beli kek nak sambut birthday Adik Rayyan yang ke 7 tahun.



Happy birthday Adik yang ke 7 tahun. Semoga jadi anak yang soleh. Amin. Tahun depan dah darjah 2. Harap-harap pandai belajar dan berilmu untuk dunia dan akhirat.




Malam tu buat stimbot dan makan malam beramai-ramai. Kami belanja makan tak banyak sebab banyak masak sendiri je di resort.

04/12/2021 - Sabtu


Kami sarapan di resort dan bersiap untuk balik. Kali ni kami nak explore jalan baru iaitu Brincang - Sg. Koyan dan Kuala Lumpur. First time nak lalu ikut sini sebab tak pernah lalu.





Sebelum balik kami singgah di ladang strawberi untuk shopping strawberi tapi tak shopping pun. Hehe saja melawat ladang tengok ladang strawberi sambil minum teh strawberi.





Okey seterusnya. Mulanya nak naik Kea Farm semula untuk beli sayur tapi kami singgah di tepi jalan sebelum sampai Kea Farm. Ada jual sayur kat situ terus singgah nak beli di situ. Lepas shopping sayur kami teruskan perjalanan untuk pulang.

Namun ada lagi tempat yang kami singgah iaitu Cameron Valley. Sini kami tak lama pun sebab ramai orang. Risau pulak musim covid ni nak beramai-ramai.



View kat sini memang cantik sebab nampak hijau jer. Damai je bila tengok ladang teh yang hijau ni. Ni ialah last stop kami sepanjang berada di Cameron Highland. Penutup tahun 2021. 

Balik ikut Bentong, kalau tak singgah Genting Highland atau Bukit Tinggi, rugilah kan. Nanti Kak Feni sambung next entry untuk pengalaman di Genting Highland pulak. Sebabnya tak plan pun nak naik. Nak pergi tempat lain sampai tempat lain. Itu namanya rezeki. 

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.