Dah Bersedia Untuk Menghadapi Tahun 2022 ?

Tuesday, December 14, 2021


 

Hari ni Kak Feni dah siap print planner tahun depan 2022. Google dan download je kemudian print. Print banyak-banyak share dengan collegue. Nak tunggu kalendar baru belum dapat lagi jadi sementara ni kita guna jela apa yang ada. Masa ni kalau kita nak memang tak dapat. Tunggu awal tahun depan. Mesti banyak dapat mengikut pengalaman yang lepas lah.


Alhamdulillah untuk 35 tahun ini. Masih diberikan waktu untuk terus hidup, bernafas dan berjuang untuk besarkan anak-anak. InshaAllah tahun depan masih lagi terus berjuang untuk hidup dan mencapai segala impian yang masih berbaris dalam list wishlist.


Sepanjang 2 tahun menghadapi masalah Covid-19 ni, alhamdulillah masih boleh bekerja dan menjana pendapatan. Macam kata orang pendapatan bulanan tu tak terjejas. Segala komitmen boleh bayar macam biasa. Alhamdulillah syukur sangat pada Allah. Rezeki melimpah ruah walaupun beribu dugaan yang datang.


2022 ni macam mana ? Sudah tentu mengharapkan yang baik-baik dan yang terbaik mengikut perancangan kita yang terhad ini. Tahun depan Kak Feni umurnya 36, husband 39, Abang Aus 10 dan adik 8 tahun. Kami setiap tahun menghitung detik bertambahnya usia. Semoga bertambah amalan baik untuk bekalan ke sana sebab kita ni manusia tiada yang sempurna.


Perjalanan kehidupan yang kita lalui ini adalah satu pelajaran yang kita tak boleh beli dimana-mana walaupun punya harta beribu juta. Duit boleh kita cari namun rahmat tuhan itu kita kena usahakan untuk memilikinya. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal dalam setiap langkah yang kita lalui. 


Yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri dan yang baik itu semuanya dari Allah. InshaAllah. 


Ready for 2022. InshaAllah kita sama-sama hadapi dengan bantuan Allah.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.