Selesai Bayar Saman PDRM Kereta Kak Feni

Monday, December 13, 2021

Alhamdulillah hari ni rezeki dapat bayar saman PDRM yang tertunggak lama rasanya. Mulanya ingat malas nak bayar sebab roadtax lepas. Hehe tapi bila fikirkan balik nasib di kemudian hari macam mana. Buatnya masa tu susah pulak kan. Naik harga balik lagi la.




Diskaun yang diberikan pun bukan sikit jadi Kak feni pun rebut peluang nak bayar saman ni. Saman RM300 dapat diskaun jadi RM60. Diskaun sampai 80%. Yang RM150 jadi RM30.


Kak Feni ada 3 saman untuk kereta atas nama Kak Feni. Semuanya sebab laju. Sebab yang drive kereta bukan Kak Feni. Takpela kita selesai jela dari bayar banyak nanti.


Tawaran ni sah sehingga 31 Disember 2021. Jadi ada masa lagi untuk yang nak tunggu gaji ke apa. Lepas pada ni di buat gila saman naik. Keluar waran tangkap semua kes naya. Dah kita salah kan ? Sabar jela banyak-banyak.


Okey bagi yang nak bayar saman melalui online boleh Tekan Sini.


Ada juga cara lain untuk saman boleh juga guna ATM Maybank dan melalui pejabat pos. Kak Feni malas nak serabut kepala beratur di ATM. Boleh je guna online macam di atas. Resit akan dihantar melalui emel dalam masa 48  jam. So tunggu lah kita 2 hari.


Terima kasih sudi melayari blog Kak Feni.

6 comments:

  1. Itulah baik selesaikan. Diskaun banyak. Kepala tidak pening.

    ReplyDelete
  2. dah dua hari dah ni...belum kunjung tiba lagi resitnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Feni punya dah dapat pukul 9 tadi dapat emel.

      Delete
  3. Sekarang semua pakai online. Lagi mudah dan cepat. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah semua di hujung jari. Walaupu jenuh try login berkali-kali. Akhirnya dapat juga.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.