Memberi Bukan Hanya Ketika Kita Ada

Tuesday, March 15, 2022

Jadilah insan yang selalu memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun sekecil zarah kerana Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Selalulah mengingatkan diri yang apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa Allah nak ambil, dia akan ambil.


Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Suka ke tak suka ke kita kena nikmati dan bersyukur. Kadang-kadang yang kita tak suka itu barangkali adalah yang terbaik untuk kita. Allahuakbar. 


Perjalanan pahit manis sepanjang hampir 36 tahun ni banyak mengajar erti susah senang. Allah, terima kasih untuk nikmat ini. Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami.


Kadang-kadang diri ini rasa kosong dan rasa juga putus asa. Namun bila kenangkan yang aku hidup bukan untuk aku saja. Ada anak-anak yang perlu disuap. Ada family yang perlu dijaga. Hati tu kuat juga. Siapa kata kita ni sentiasa di atas ? Roda kehidupan sentiasa berputar.


Cuma ada masalah takkan kita nak share semua dengan semua orang. Di zaman serba moden dan semua di hujung jari ni. Kalau kita bijak menggunakan media sosial maka akan terhasilah kebaikan. Jika kita salah guna pun boleh mendatangkan keburukan. Begitulah ceritanya.


Jadi marilah kita bersama-sama menjadi insan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Selalu ingatkan diri yang kita ni tak sempurna. Bersihkan hati, jangan cemburu dengan kejayaan orang lain, jangan sakit hati dengan kelebihan orang lain. Kita buat apa yang kita mampu. InshaAllah akan ada rezeki kita.

 

Sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati, tetapkan iman untuk menghadapi ujian fitnah akhir zaman ni. Jalani hidup ini dengan bahagia dengan cara kita sendiri.

 

Kak Feni menulis sebenarnya adalah untuk menasihati diri sendiri agar jangan lupa asal usul. Jangan lupa apa yang telah dilalui dan sentiasa muhasabah diri yang apa yang kita miliki hari ini bukanlah selamanya milik kita.

 

Ajari hati untuk sentiasa bersabar dan tidak sombong dengan nikmat yang Allah beri.


Alhamdulillah.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.