Pengalaman Beli Rumah Pertamaku - Subsale

Wednesday, April 13, 2022

Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah walaupun menunggu terlalu lama. Akhirnya Kak Feni dah dapat kunci rumah baru yang Kak Feni dan suami beli tahun 2020. Sibuk dengan PKP dan beberapa urusan tergendala. Rumah kami tak boleh nak selesai.


Akhir tahun lepas kena banjir, Kak Feni tekad push ejen dan lawyer suruh cepatkan proses. Kak Feni tak sempat nak ambil gambar. Sabtu 9 April 2022, Kak Feni dapat kunci rumah. Kunci rumah lama pun Kak Feni dah tukar baru tapi pad lock jela dulu. Alhamdulillah.





Bila tengok keadaan rumah, banyak juga yang kena selesaikan tu. 


1. TNB masih ada elektrik. Alhamdulillah hanya tukar nama pemilik je di TNB.


2. Air Selangor, meter pun dah kena cabut. Jadi proses nak cuci rumah tergendala. Tak boleh buat apa juga. kena tunggu pergi uruskan pasang meter baru boleh cuci dan repair rumah. Macam mana nak repair kalau air takde kan ?


3. JMB - Kena uruskan insurans rumah, Kak Feni pun tak faham sangat pasal ni. Kena gi jumpa JMB untuk urusan ni. Yang ejen bagi pada Kak Feni, nama masih owner lama dan dah expired bulan 1 hari tu.


4. Kena emelkan salinan policy insurans kepada Bank BSN (sebab loan Kak Feni BSN). Tak selesai lagi.


5. Cukai Pintu / Taksiran - Kena tunggu tanya macam mana. Lawyer nak buat ke Kak Feni buat sendiri.


Haishhhhh.... Banyak benda nak kena selesai ni. Allahhh permudahkanlah segala urusan Kak Feni dan family. Dapat masuk rumah baru dengan gembira.


Anak-anak dah tak sabar nak masuk rumah baru tapi tak boleh lagi sebab nak kena cuci, repair syiling, paip sngki dll. Dah siap cantik baru kita masuk. Sementara ni kita duduk jela rumah opah dulu. Hahaha


Nak cari orang repair pun bukan senang sekarang ni tapi inshaAllah akan diusahakan. Slow-slowlah, satu persatu kita buat. Nak buat semua sekali tak boleh juga sebab kita kerja. 


* Kak Feni menulis untuk nota sendiri dan rujukan di kedepan hari. 


2 comments:

  1. bab cukai tu ammi dulu gi sendiri je ke majlis tu tukar nama. tapi ammi beli landed house (subsale juga). kena tanya dgn JMB la kalau highrise ni jmb urus ke owner baru urus. harap2 takde hutang lama tertunggak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya baru perasan ada komen. Hihi lama tak jenguk blog ni.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.