Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1444
Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk tahun baru Islam. Syukur pada Allah kerana masih memberikan peluang untuk menikmati hidup ini. Petang ni sama-sama kita berdoa akhir tahun dan awal tahun.
Harapan Kak Feni untuk tahun baru Islam ni semoga sentiasa istiqamah ke jalan Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan berusaha kejar syurga Allah.
Untuk keluarga juga Kak Feni doakan yang baik-baik saja datang. InshaAllah.
Sesungguhnya hanya Allah tempat bergantung. Dunia ni pinjaman saja. Bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil balik. Begitulah peringatan kepada diri sendiri.
Nikmat sihat, berkeluarga, rezeki dan macam-macam lagi adalah nikmat yang Allah bagi. Kadang-kadang kita duit banyak pun hati tak tenang sebab kita selalu fikirkan kekurangan diri. Sedangkan kalau kita hitung nikmat yang Allah bagi tidak ternilai harganya.
Yang miskin pun ujian. Yang kaya pun ujian. Masing-masing ada ujian masing-masing. Cuba kita renungkan hidup ini. Orang kaya pun ada ujiannya. Ada duit tapi anak-anak selalu sakit. Duit banyak habis untuk berubat anak. Hati tak tenang sebab fikirkan anak-anak. Nilah dinamakan ujian.
Orang miskin pula terhad dengan kebendaan untuk dapatkan sesuatu yang dihajati. Begitulah hidup ini. Allah itu Maha Adil. Bersangka baiklah dengan Allah. Ujian itu tandanya Allah sayang.
Dalam hidup ini. Kita merancang. Allah merancang dan sebaik perancang adalah Allah. 💗
Salam maal hijrah 1444H
ReplyDelete