Ogos Kembali Lagi - Salam Bulan Kemerdekaan

Tuesday, August 02, 2022

Alhamdulillah Ogos kembali lagi. Bulan merdeka bagi rakyat Malaysia. Bulan ni akan kalutlah ibu bapa penjaga nak beli bendera sebab nak sambut kemerdekaan. 2 tahun sambut di rumah. Tahun ini, inshaAllah boleh sambut ramai-ramai.


Anak-anak pun dah riuh rendah cerita aktiviti tahun ni. Merdeka merdeka merdeka !


Masa pergi kedai buku pun dah banyak jual bendera. Anak-anak pun sibuk cakap nanti kena beli bendera. Pejam celik dah habis setengah tahun kan ?


Lagi berapa bulan je nak masuk tahun baru 2023. Umur pun makin bertambah. Harapnya yang datang kepada kita yang baik-baik saja. Begitulah doanya.


Ni anak-anak sekolah rendah memang seronoklah nak sambut merdeka. Tahun ni baru Adik Rayyan boleh sekolah dengan baik. 2 tahun sibuk dengan PKP dan virus C19 ni. Tahun ni baru boleh makan dekat kantin. Kalau tak semua kena order dulu dan makan dalam kelas.


Bersyukur sangat dengan perkembangan semasa. Tapi masih kena beringat sebab sekarang ni macam-macam penyakit yang datang. Tak kira tua atau muda semua kena. Hospital nampaknya dah semakin penuh semula. Jadi sama-sama kita jaga diri, jaga kesihatan dan jaga semua lah.




2 comments:

  1. aah yek..rasanya dulu ada simpan bendera2 kecik tu kononnya "tahun depan" tak payah beli...masalahnya celah mana ammi simpan pun dah tak ingat ahaksss

    ReplyDelete
  2. Selamat datang ogos bulan kemerdekaan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.