Tukar Duit Syiling - Hasil Menabung Di Pejabat

Tuesday, August 09, 2022

Alhamdulillah hari ni tukar duit syiling hasil menabung di opis. Haha walau hanya sekadar dapat RM36.00. Rezeki Allah bagi kan. Ingat nak kumpul lagi banyak tapi dah ada orang nak tukar. Kita pun bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.



Baru hari Ahad lepas suami Kak Feni pergi tukar duit syiling tabung dia di rumah dekat Petronas. Dapatlah RM150.00 untuk sekali tukar. Haa kau jangan pandang rendah dengan duit syiling.



Dapat duit ni boleh je buat topup nak beli apa-apa kan. Haha Kak Feni tulis boleh buat belanja seminggu di opis. Maklumlah belanja mahal sekarang ni. 


Belanja sekolah anak-anak pun banyak sekarang. Tak tahu nak jimat kot mana. Bertabahlah kita. 


Lepas dah tukar ni, kena start kumpul balik tak tahu bila pulak nak penuh. Hehe semoga kita semua sentiasa dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus. InshaAllah. 💓



2 comments:

  1. Feni oi RM36 tu pun banyak tu, memacam boleh beli buat belanja seminggu di pejabat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak. Feni pun berjimat cermat. Kumpul balik la lepas ni.Alhamdulillah

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.