Selamat Datang Disember 2022

Wednesday, November 30, 2022

31 hari lagi kita akan menyambut tahun baru. Dalam 31 hari ni macam-macam boleh berlaku. Kita manusia hanya mampu merancang dan Allah juga yang menentukan.


Bersyukur jika hari ini, kita sihat dan masih boleh menghirup udara segar. Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Kadang-kadang kita ni terlalu mengejar sesuatu yang besar sampai lupa untuk menikmati nikmat yang kecil.


Sentiasa berdoa agar Allah sentiasa permudahkan segala urusan terutama untuk beribadat dan beribadah kepada Allah.


Esok akan bermula Disember. Semoga bulan yang terakhir bagi tahun 2022 ni menjadi lebih baik, lebih indah dari sebelum ini. Semoga yang baik-baik datang kepada kita.


Bila buka media sosial sekarang ni takut sebab semua meramalkan yang 2023 akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan pelbagai krisis. Allah... sebagai orang yang beriman, kita kuatkan semangat dan sentiasa berserah pada Allah yang Maha Esa.


Nak hidup tenang kena sentiasa bersedia dan berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. Lalui dugaan dan cabaran dengan penuh kesabaran. InshaAllah kita pasti menang. 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.