Kacau Bubur Asyura
Semalam berlangsungnya satu acara kacau bubur asyura bagi anak beranak belah suamiku.
Kak Feni selalu makan bubur asyura belah Kelantan lain dengan orang Perak. Walaupun tak berapa makan bubur ni tapi bagi memeriahkan suasana kita meraikan bersama-sama. Mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Bila ada majlis macam ni. Kita pun datang beramai-ramai.
Nak buat bubur asyura ni perlukan masa dan tenaga yang banyak. Nak sedap kena gilir-gilir kacau. Sekarang ni walaupun cara moden ada boleh guna periuk noxxa la atau seangkatan dengannya. Cara lama tradisional jugak yang masih sedap.
Uniknya orang lama. Ni adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Sambil kacau bubur sambil membawang. Haha.
Sejarah hari Asyura
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar,[2] maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan juga dengan Nabi Nuh.[3]
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).[
Ammi pun taktau pernah makan atau tak bubur asyura ni
ReplyDeletedatang singgah and follow sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^
ReplyDelete