Pejam Celik Pejam Celik Dah 2025

Monday, March 10, 2025

Alhamdulillah masih diberikan nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup ini. Syukur kepada Allah. Pejam celik pejam celik dah 9 Ramadhan hari ni. Tiba-tiba puasa, tiba-tiba raya. Begitulah hidup ini.


Anak-anak pun makin membesar dan semakin meningkat remaja. Masa kecil kita yang jaga belai. Bila dah meningkat usia. Kadang-kadang cakap kita pun tak berapa nak dengar. Begitulah. Namun sebagai ibu, jangan pernah putus doa untuk anak-anak sebab doa ibu ini tiada hijabnya.


Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak. Berjaya dunia akhirat. Syurga itu bukan percuma jadi nak capai syurga tu bukan senang. Allah akan uji kita dengan macam-macam ujian. Kadang-kadang kita rasa tak mampu nak hadapinya tapi Allah dah janji yang Dia takkan menguji hambanya diluar kemampuannya.



Kita ni selalu leka dengan duniawi sampai lupa tujuan hidup yang sebenar. 


UJIAN TANDA ALLAH SAYANG

Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan.

Apabila Allah SWT mengasihi hamba-Nya, maka pasti Allah SWT akan mengujinya. Ujian Allah SWT hendaklah diambil sebagai satu tanda kecintaan Allah SWT kepada kita.


Kalau tanpa ujian, kita akan leka dengan nikmat duniawi. Lupa bersyukur dan sentiasa mencari apa yang kurang dan salah. Kalau kita redha dengan ujian yang Allah bagi, inshaAllah hati akan tenang.

 Sekian, bulan Mac baru start menulis supaya otak ini tidak tumpul. 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.