6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

Tuesday, August 16, 2016




Banyak kelebihan bila kita bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk solat subuh.

1) Melancarkan Peredaran darah
Peredaran darah yang lancar menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga. Kita boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2) Kulit lebih Lembut dan Halus
Elakkan memasang pemanas air sewaktu mandi pagi kerana mandi dengan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan bawah mata. Ia juga menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah rapuh. Kulit pula menjadi lebih lembut dan rapuh.

3) Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah dijangkiti penyakit.

4) Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Mandi awal pagi merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penyakit darah tinggi. Jika diamalkan selalu penyakit akan pulih dengan izinNya.

5) Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

6) Mengurangkan Tekanan Serta Tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Untuk yang mengalami depresi, ini adalah satu cara terbaik untuk menghilangkannya. Jadi ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.