Jumaat lepas balik kerja malam terus gerak balik kampung sebab mek Kak Feni kurang sihat. Sakit pinggang ke bawah. Nak bangun pun susah. Balik tolong tengokkan dia. Kami pun tahun ni tak balik lagi. Raya Cina hari tu tak balik sebab husband kerja. Kereta pulak takde masih di bengkel.
Kami minta tolong Kak Ani datang jemput sebab semua nak balik. Abah kena apply leave hari Sabtu dan Isnin. Kak Feni apply hari Isnin je. Balik tak kemana pun duduk rumah tengok dan uruskan Tokmek je. Jadi tak bawa barang banyak. Balik naik viva kami 5 beranak. Janji sampai. Alhamdulillah selamat balik dan kembali.
Cuci porsche dulu sebelum balik
Dah hensem selepas cuci
Kami gerak balik pukul 10 malam dari Hulu Langat. Banyak juga singgah sebab nak rehat dan rawat la, lapar lah, mengantuk la macam-macam lah kalau dah ramai ni. Singgah R&R Gua Musang. Best makanan kat sini sedap-sedap belaka. Haha setiap kali balik mesti singgah sini cari makan.
Balik kampung memang tak boleh nak diet. Makanan sedap-sedap semuanya.
Lepas rehat di Gua Musang kami teruskan perjalanan ke Kuala Krai. Masa dari Gua Musang ke Kuala Krai Kak Feni dah tidur. Mengantuk sangat rasa. Suami seorang je yang drive. Sedar-sedar dah sampai stesyen minyak dekat Kuala Krai. Rehat lagi sebab mengantuk. Balik lepas balik kerja memang banyak singgah sebab penat. Lagipun tak kejar sangat janji selamat sampai.
Kami sampai di Uitm Machang dalam pukul 8 pagi singgah sarapan di kedai kawan Kak Ani. Nasi berlauk sepinggan RM3 saja. Banyak yang kami borong. Makan di kedai dan bawa balik. Lepas makan kami gerak balik singgah rumah Abang Long Kak Feni bagi sarapan untuk diorang. Bagi juga untuk pekerja Abang Long yang kerja bengkel.
Terus gerak balik rumah Tokmek. Kami sampai dalam pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah selamat sampai walaupun mengambil masa yang lama. Pagi Sabtu baru sampai. Tokmek pun nampak ceria bila tengok anak-anak menantu dan cucu-cucu balik.
Sabtu petang kami keluar ke Machang untuk belikan Tokmek tongkat supaya senang dia nak bangun dan berjalan.
Kami panggil tukang urut untuk urutkan Tokmek sebab dia kata sakit pinggang ke bawah. Alhamdulillah hari Ahad pagi tukang urut datang untuk mengurut. Petang Ahad tu kami ajak keluar jalan-jalan ke Pasir Puteh untuk cari bingsu. Mulanya dia taknak keluar sebab tak larat. Cucu-cucu dok pujuk jomlah Tokmek. Jomlah Tokmek. Bangun juga. Masa ni nampak ceria sikit muka lepas urut. Alhamdulillah.
AyahNgah duduk depan. Kami berempat duduk belakang. Ciknie keluar pergi niaga dengan kawan-kawan beliau. Mula nak pergi makan bingsu dekat Jiwa Kopi & Bingsu di Pasir Puteh tapi tutup. Cari lagi tepi-tepi jalan. Dah jumpa tapi takde meja pulak nak duduk. Hanya bungkus. Jadi kami meronda lagi last-last jumpa bingsu depan stesyen Petronas Pasir Puteh kedai nama Wani Tomyam. Alhamdulillah kalau tak kempunan nak makan bingsu. Hahahaha
Menunggu bingsu dan makanan. Kelantan syurga makan. Harga pun murah dan sangat puas hati. Macam mana rupa bingsu ? Nahhh dalam photo di bawah.
Ni lah rupa bingsu. Kalau di KL ni macam mykori. Tapi mykori kan mahal. Bingsu ni lagi sedap. Hahahaha setakat ni Kak Feni rasa lah kan. Tak tahulah dia buat macam mana. Kalau dekat jiwa kopi & bingsu ada kek. Keknya sedap. Di kedai ni ada western food. Kami order meat ball dan fries. Adik request nak bingsu coklat. Ummi berkira-kira nak buah-buahan. Tapi takut tak habis order 1 jela sebab yang lain order minum biasa. 1 bingsu share beramai-ramai. Okey jer sebab portion dia banyak.
Lepas makan kami pulang dengan hati yang senang. Alhamdulillah.
Hari Isnin pagi, tukang urut datang lagi. Sambil urut tokmek, Kak Feni pun urut juga. Baru sedap rasa badan. Sekali sekala manjakan diri kan. Hehe. Lepas tu tengahari kami dah siap-siap nak balik ke lubuk rezeki. Tinggal Tokmek dengan AyahNgah kembali. InshaAllah ada rezeki kami balik lagi.
Balik kali ni memang takde mood sangat nak berphoto atau bervideo sebab Tokmek kurang sihat kan. Mohon doakan Tokmek kembali sihat macam sediakala. Kita boleh jalan-jalan tengok dunia lagi. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati kita semua.
Semoga Tokmek cepat2 sembuh inshaAllah amin. Sekali sekali berurut memang lega sakit2 badan. Anyway, sedapnya nampak bingsu tu kak..
ReplyDeleteAmin Ya Robbal Alamin. InshaAllah. Sedap bingsu ni. Kl x jumpa lagi.
Delete