Perbezaan AnTaRa KiTa

Friday, April 01, 2011
Kata orang hidup ni mcm2 ragam dan caranya..entah la..tapi btol jugak..setiap manusia 2 diciptakan berbeza2.xkn sama antara satu sama lain...apa yang aku suka mungkin orang lain  x suka.biar la...aku mesti hidup dengan cara aku sendiri... 

Apa orang tahu tentang diri aku?? aku biasa2 saja.xde yang istimewanya..hidup biasa saja..aku lebih senang begini.. jangan menyusahkan orang selagi mampu..insyallah..Tuhan 2 maha kaya Dia hanya berikan yang terbaik utk hambanya..cuma yg buruk itu semuanya dtg dr diri aku sndr. Ya Allah ampun segala dosaku.

Kadang2 kita terlupa bahawa diri kita pon salah juga....kita asyik dengan dunia sehingga lupa pada pencipta kita..kita x sedar bahawa diri kita pon x sempurna..asyik mengutuk dan mengata org..sering melihat kelemahan dan kesilapan org lain sehingga lupa pada kekhilafan sndr.begitulah ragam manusia...

Aku seringkali terlupa dan sering bercakap mengikut apa yang aku rasa..aku sering terlupa untuk menjaga hati org..kdg2 aku xtau yg aku telah tersalah lgkah..maafkan aku...mungkin inilah cara aku...aku x sempurna dan seringkali melakukan kesilapan..kdg2 aku takut untuk menghadapi hari2 mendatang. aku takut untuk menerima kenyataan...

Aku seringkali bertanya pada diriku sendiri..Apa yang aku cari dalam hidup ni???
Entahlah, jawapan yg aku ada sekarang ialah untuk mendapat kebahagiaan dalam hidup...simple kan jawapan aku? Tapi itulah yg semua org cari..duit, harta, pangkat dan kekayaan itu semua hanyalah sementara..esok2 aku da mati semuanya aku akan tinggalkan...

Mungkin aku ni sgt pentingkan diri sendiri..aku x suke mengambil tahu pasal org..aku lebih suka menyendiri...kadang aku rasa bosan sgt..apa yang aku nk buat semuanya terbatas...entahlah kn..mungkin keadaan yang membuatkan aku jadi begini...hidup menumpang  dan x pernah diberi peluang untuk memilih jalan hidup aku sendiri..sering terikat dengan masalah orang lain yang terpaksa aku tanggung.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.