Aku Sedang Mencari Kekuatan Diri

Tuesday, October 27, 2015

24/10/2015 adalah tarikh yang mungkin aku ingat sampai bila-bila. Allahuakbar. Beg tangan aku diragut oleh peragut yang mencari peluang untuk senang dengan mudah. Masih terbayang-bayang lagi macam mana si peragut tu datang dan tarik beg aku. Adegan tarik menarik ada juga tapi tenaga lelaki dan aku tak mampu nak menarik balik beg aku. Allahuakbar. Sakit peha-peha sebab konon nak kejar peragut tu. Last2 dia broom bawak motor laju2.

 Bila fikir2 balik biarlah biarlah. Nanti mesti ada rezeki lain yang datang. Allah sedang menguji kesabaran aku. Aku harus tabah dan sabar. Asalkan aku dengan anak selamat cukuplah. Duit dan barang-barang lain tu boleh cari. Anak aku ...ohoho.tak dapat nak bayangkanlah.. Syukur alhamdulillah walau aku kehilangan duit tap anak dan beberapa dokumen penting tapi keselamatan kami berdua lebih penting.

Berlapang dada walau kadang2 datang juga perasaan sakit hati. Cepat2 istighfar ingat Allah. Sebab semua kejadian yang berlaku dengan izin Allah juga. Kun Fa Ya Kun. Kalau Allah kata jadi maka jadilah. Kita hamba kene redha. Berserah dengan sepenuh hati bahawa Allah lebih tahu. 

Hari ini aku mengumpul kekuatan untuk kembali berjuang meneruskan kehidupan untuk mencapai segala cita-cita yang dirancang. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.